Khalid Ibrahim: Saya Lebih Bagus

“.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” (Menoleh ke belakang, saya boleh mengatakan saya lebih bagus daripada Menteri Besar yang lalu).

Demikian kata Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta menyimpulkan setahun sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor.

Soalan itu dikemukakan oleh blogger Rocky’s Bru (Ahirudin Atan). Apabila saya berkata saya akan memetik jawapannya, Abdul Khalid berkata, teruskan.

Dalam pertemuan sulung dengan kira-kira 20 orang blogger dan pengendali media baru di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi, beliau menerangkan pelbagai aspek pentadbiran Kerajaan PR Selangor.

Mengenai perkembangan terakhir penyiasatan rasuah/pecah amanah terhadapnya, Abdul Khalid mendakwa dia tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) atau mana-mana anak syarikatnya menghantar lembu korban ke kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak.

Dia juga mendakwa mendapat persetujuan Pegawai Kewangan Negeri bagi menggunakan kereta Lexus Rx milik peribadinya sebagai “kereta rasmi” dengan kerajaan membayar kos minyak dan penjagaan.

Tanpa provokasi daripada sesiapa, Abdul Khalid berkata kereta Proton (Perdana) “is not comfortable” (tidak selesa).

Ditanya jika bersedia beliau serius membuat kenyataan itu, Abdul Khalid berkata, ya dan menambah yang dia ada kereta Proton.

Lagipun, katanya semua tuntutan berkaitan kereta itu perlu mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri.

Antara perkara/isu lain yang disentuh oleh Abdul Khalid termasuk:

1. Blog dan media baru yang lain memainkan peranan penting memberi maklum balas yang tidak ada dalam media massa arus perdana;

2. Pakatan Rakyat tidak mendapat pendedahan adil dari media massa arus perdana;

3. Pengurusan imej dan persepsi Kerajaan PR terpaksa berdepan dengan kempen media arus perdana;

4. Kerja pentadbiran mudah dilaksanakan tetapi hal ehwal politik lebih sukar ditangani;

5. Rangka kerja yang berpaksikan konsep merakyatkan ekonomi telah diwujudkan dan sedang dilaksanakan;

6. Yakin pentadbiran negeri akan menjadi lebih baik dalam masa tiga tahun akan datang ini (sebelum Pilihan Raya Umum diadakan);

7. Bertanding dalam pilihan raya kecil membebankan PKR dan PR (ketawa). Kebetulan dia baru pulang dari menemui Orang Asli di Bukit Lanjan di mana dia berjanji mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada mereka;

8. Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu;

9. Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online; dan

10. Cadangan mengambil alih operasi penapisan dan penyaluran air Negeri Selangor daripada operator swasta.


Selain Ahirudin, blogger lain yang hadir termasuk Harris Ibrahim (People’s Parliament), Patrick Teoh (Niamah), Noraina Samad (3540 Jalan Sudin), Yunus Said (Antaratv), Khoo Kay Peng (Straight Talk), Arewethereyet and Loyar Buruk.

Mengiringi Abdul Khalid adalah, Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, Tricia Yeoh, Pegawai Penyelidik dan Arfa Aziz, Setiausaha Akhbar.

Dialog itu berlangsung selama lebih dua jam.

...
http://kadirjasin.blogspot.com/

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.