Apa nak jadi dunia dah terbalik!

Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung satu perhimpunan sebelum persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).


Di atas adalah petikan berita dari akhbar dalam talian Malaysiakini semalam.

Apalah nak jadi dengan negaraku Malaysia? Semua sudah jadi terbalik. Siapa yang salah sekarang? Ahli Dewan Negeri (ADUN) yang nak masuk ke Dewan Negeri (DUN) disekat oleh polis. Bila mereka tersekat di pintu masuk bangunan yang menempatkan DUN itu, mereka akan didakwa atas tuduhan mengadakan perhimpunan haram. Sepatutnya polis dan pihak yang mengarahkan sekatan itu didakwa kerana menyekat mereka dari melaksanakan tugas rasmi mereka sebagai ADUN.

Inilah gambaran dunia hari ini khususnya negara kita Malaysia ini. Gara-gara hendak berkuasa mereka sanggup melakukan sesuatu yang jelas di luar munasabah sekaligus bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang mereka sendiri cipta. Mereka mentafsir undang-undang itu mengikut kehendak nafsu mereka, walaupun dunia dan seluruh orang yang berakal waras menilainya mengikut pertimbangan yang sangat jelas bertentangan dengan kehendak mereka itu.

Mereka langsung tidak ada maruah dan rasa malu dengan tindakan mereka yang tidak bertamadun itu. Mereka tidak akan pernah peduli dengan apa orang akan kata kepada mereka. Yang penting bagi mereka, periuk nasi mereka akan terus berasap dan kemewahan hidup yang mereka nikmati selama ini akan terus dikecapi.

Manusia jenis apakah mereka ini...

http://ibnugharib.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.