Hanya bubar Dun selesai konflik di Perak - TMB Kelantan

TUMPAT, 2 Mac (Hrkh) - Konflik yang berlaku di Perak sekarang tidak ada kesudahannya melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) kata Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato� Ahmad Yakob.

Beliau berkata, nampaknya masalah yang berlaku semakin rumit apabila wujud dua kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Sewajarnya Dun Perak dibubarkan kerana hanya cara tersebut sahaja paling selamat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang. Biarlah segala yang berlaku dihakimi rakyat.

"Ini sesuai dengan amalan demokrasi yang dipraktik di negara ini. Sekiranya rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu, bererti Umno dan BN yang akan menguasai negeri terbabit dan begitu juga sebaliknya," katanya selepas menyampaikan kunci rumah dhuafat di sini, baru-baru ini.

Kini konflik yang berlaku di Perak tambah parah apabila arahan Speaker Dun Perak, V Sivakumar bagi mengadakan sidang tergempar esok tidak mendapat kerjasama Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri.

Pegawai terbabit mendakwa biar pun Speaker boleh memanggil sidang tergempar berdasarkan kepada Perintah Tetap 8(1), ia perlu dibaca bersama Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, yang memerlukan perkenan Sultan.

Namun dalam masa yang sama beliau dipetik sebagai berkata, syarat notis 14 hari hanya boleh dikecualikan dalam keadaan tergempar dan notis berkenaan perlu dikeluarkan seberapa segera yang boleh.

Manakala Sivakumar pula menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa menafsir Perintah Tetap dan sebaliknya kewajipannya hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker.

"Janganlah dibiar rakyat terus tertekan akibat kedegilan pihak tertentu untuk menyerahkan mandat kepada mereka untuk membuat pemilihan semula.

"Saya fikir inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan suasana yang berlaku di Perak sekarang," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan berkata, tindakan kerajaan BN di Perak sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari pakar undang-undang bagi mempertahankan kerajaan BN sebagai tindakan terdesak.

Kata beliau, biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan BN bagi memulihkan keadaan, rakyat tetap tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku, kecuali diadakan semula pilihan raya.

"Hanya pilihan raya cara yang paling manis, bijak, bersopan serta mengikut lunas demokrasi berbanding cara lain sebagaimana yang dilakukan termasuk mendapat khidmat pakar undang-undang di England," ujarnya. - mj _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.