MB: SUK Khusrin sudah berada dalam pasukan kami

February 13, 2011
SHAH ALAM, 13 Feb — Tumpuan media seharusnya diberikan kepada isu lebih penting iaitu kemampuan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam membantu kerajaan negeri melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan dan bukannya semata-mata mengenai majlis angkat sumpah simpan rahsia, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Majlis angkat sumpah simpan rahsia akan dilaksanakan mengikut peraturan, dan semua pihak berkaitan tidak seharusnya bimbang apa-apa.
“Mohd Khusrin sudah berada dalam pasukan kami dan diberikan tugas melaksanakan dasar-dasar negeri dari semasa ke semasa, itu yang lebih penting,” katanya.

Bercakap kepada pemberita semasa merasmikan satu kursus pembangunan untuk belia dekat sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri sudah pun menyusun semula format mesyuarat mingguan 
Exco kerajaan negeri bagi mencepatkan majlis angkat sumpah itu.
Pelantikan Mohd Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu dalam perkembangan lain Abdul Khalid berkata beliau akan menulis surat sekali lagi kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memohon agar pihak kementerian menimbang cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkan pasukan polis bantuan, walaupun cadangan itu sudah ditolak sebelum ini.

Beliau berkata kaji selidik yang dijalankan kerajaan negeri menunjukkan bahawa ramai suri rumah yang tinggal di kawasan yang sering terdedah dengan kejadian jenayah merasa tidak selamat dan mahukan supaya polis bantuan membantu polis dalam usaha mencegah jenayah.

”Tambahan pula kerajaan negeri menerusi majlis tempatan akan menanggung segala perbelanjaan dalam membantun polis bantuan, dan ia adalah hanya untuk sementara,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.