Apa wajarnya menara 100 tingkat?
Oleh Tok Perak
NAMPAKNYA kita tidak mahu mengalah dalam perlumbaan membina bangunan tinggi. Seperti yang telah diketahui umum, sekiranya semua berjalan mengikut jadual, kita akan mempunyai satu lagi bangunan pencakar langit yang lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas.
Itulah bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang akan menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Lumpur pada tahun 2020. Projek bernilai RM5 bilion dijangka siap 10 tahun dari sekarang.
Tidak sampai 10 minit setelah pengumuman projek raksasa itu dibuat menerusi pembentangan Bajet 1011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, keprihatinan rakyat terus memuncak.Itulah bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang akan menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Lumpur pada tahun 2020. Projek bernilai RM5 bilion dijangka siap 10 tahun dari sekarang.
Beberapa laman web, termasuk facebook, dan penulis blog mempersoal kewajaran projek tersebut. Rata-rata menganggap ini satu pembaziran yang ketara. Wang rakyat dibelanjakan tidak kena pada tempatnya.
Mereka menghujah, ada sekian banyak bangunan gah di KL yang masih kosong tiada penyewa – sesetengahnya kosong terlalu lama hingga menjadi tempat hantu dan jin bertapa – mengapa kerajaan hendak membina sebuah lagi gajah putih?
Seperti yang dijangka – dan seperti biasanya! – pihak pembangkang menghentam Warisan Merdeka. Banyak angka dan fakta dikemukakan untuk membuktikan peruntukan sebesar itu satu pembaziran.Mereka menghujah, ada sekian banyak bangunan gah di KL yang masih kosong tiada penyewa – sesetengahnya kosong terlalu lama hingga menjadi tempat hantu dan jin bertapa – mengapa kerajaan hendak membina sebuah lagi gajah putih?
Kata mereka duit kerajaan sebanyak itu boleh digunakan untuk membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah, atau boleh memberi biasiswa kepada 5,000 pelajar perubatan dengan kos RM1 juta di United Kingdom.
Malah, ada yang lebih sinis: Masih banyak sekolah di luar bandar, terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai tandas yang sempurna, kenapa perlu belanja berbilion RM duit kerajaan untuk membina bangunan mewah?
Kebimbangan dan kemarahan umum, juga pembangkang, ialah sebab duit kerajaan @ duit rakyat, telah dibazirkan untuk sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Duit kerajaan patut dibelanjakan untuk banyak lagi perkara lain yang lebih mendesak.
Sekiranya ‘duit kerajaan’ yang menjadi punca kebimbangan dan kemarahan, isu itu sepatutnya tidak dibangkitkan lagi. Sebab kini telah diketahui bahawa duit RM5 bilion itu bukan daripada Perbendaharaan Negara. Bukan duit kerajaan.* ULANG sekali lagi: Bukan duit kerajaan! RM5 bilion kos projek Warisan Merdeka datangnya daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). “Kita tidak akan ambil duit Perbendaharaan,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Projek seluas 19 ekar (7.6 hektar) itu akan mengandungi antaranya ruang pejabat, kondominium, dan pusat membeli-belah. Kawasan projek tersebut telah dibeli daripada Danaharta sejak 2000, dan dibiarkan begitu sahaja selama sedekad.
Menurut Hamad sekarang adalah masa terbaik untuk melaksanakan projek tersebut setelah perancangan mengenainya dilakukan sejak 2004. Ini sebahagian usaha PNB untuk mengembangkan lagi bidang hartanah yang sejak sekian lama menjadi sebahagian dari kegiatannya, selain peranan utamanya mengendalikan pelaburan unit-unit amanah.
RM5 bilion memang satu jumlah yang besar, tetapi PNB mempunyai cukup dana dalaman untuk membiayai projek tersebut. Dan, dana dalaman itu bukan dari duit pelabur unit tabung amanahnya.

Tegasnya pemegang atau pelabur unit amanah PNB tidak perlu bimbang dengan projek raksasa ini, sebab seperti yang dijelaskan oleh Kama: “Kita tidak akan usik walaupun sesen duit pemegang unit amanah.”
Untuk pengetahuan PNB kini mengendalikan sembilan tabung unit amanah, untuk 10.2 juta pelabur (pemegang unit), kesemuanya bernilai RM115 bilion. Duit RM5 bilion untuk projek kontroversi itu tidak diambil dari duit pelabur. Jadi, isu ini sepatutnya tidak kontroversi lagi.
* AKHIR kalam, 100 tingkat memanglah tinggi, malah tertinggi di tempat kita. Tetapi, yang tertinggi hari ini mungkin tidak mengekalkan statusnya pada hari esok atau tahun depan. Sebab perlumbaan untuk mencakar langit ini akan berterusan.
Apabila Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat (452 meter) yang menelan biaya RM2 bilion siap pada tahun 1998, ia menjadi pencakar langit tertinggi di dunia, mengalahkan juara sebelumnya, Chicago Sears Tower.
Tetapi rekod menara Petronas bertahan hanya lima tahun, dipintas oleh Tapei Tower setinggi 101 tingkat (509 meter) pada 2004, dan Shanghai World Financial Centre (101 tingkat, 492 meter) pada 2008.
Korea Selatan pun sedang membina menara Lotte World II setinggi 110 tingkat (501.5 meter) yang dijangka siap 2013. Bangunan tertinggi di planet bumi sekarang ialah Burj Khalifa di Dubai, 152 tingkat (828 meter).
Kesimpulannya, kalau hendak lawan mencakar langit, jari-jemari dan kuku Warisan Merdeka PNB tidak cukup panjang pada peringkat dunia, walaupun yang terpanjang di negara ini.
Apa pun, bagi lebih 10 juta pemegang unit amanah PNB, mereka langsung tidak kisah setinggi mana bangunan yang hendak didirikan itu. Memang, sejak mula melabur mereka sentiasa menunggu yang tertinggi. Bukan pada bangunan, tetapi pada keuntungan dan dividen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan