Okt 25, 10
7:28pm,Hospital Angkatan Tentera di kem Kinrara, Puchong yang dikenali sebagai '95 Hospital ATM' dibina di bawah tahap spesifikasi sekalipun harga asalnya dikekalkan.
Dibina pada harga sebanyak RM267.89 juta, kontraktor dikatakan mengambil jalan mudah dengan membuat pindaan terhadap skop kerja - tanpa memaklumkan kepada Kementerian Kewangan.
Ia termasuklah membatalkan pemasangan penghawa dingin di semua kawasan koridor dan laluan di bangunan hospital.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, didapati beberapa skop kerja diturunkan tarafnya termasuklah:
- Keluasan bangunan hospital dikurangkan sebanyak 7,000 meter persegi.
- Mengurangkan sistem interkom kepada 15 stesen kritikal sahaja berbanding 52 stesten yang sepatutnya.
- Kemudahan seperti rumah keluarga untuk pegawai dan pangkat-pangkat lain, Wisma Perwira serta Wisma Bintara tidak dibangunkan atau dibina.
- Peralatan perubatan telah dikurangkan kepada 60 peratus daripada sasaran asal.
"Secara realistik tidak berlaku sebarang pengurang skop tetapi kesalahfahaman dan perkhidmatan PMC yang tidak profesional," laporan itu dipetik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan