Kempen Semakin Agreasif???

Kempen Semakin Agreasif, Pucuk Pimpinan Parti Perlu Awasi Penyokong Calon Yang Kini Gunakan Laman Sosial Facebook Untuk Serangan Peribadi

Kehangatan pemilihan PKR 2010 kini tiba ke kemuncaknya. Semua calon-calon kini sibuk mengadakan roadshow untuk bertemu dengan pemimpin bawahan bagi menarik seberapa banyak undi untuk menang dalam jawatan yang dipertandingkan. Para penyokong calon-calon juga kini sibuk berkempen untuk memastikan pemimpin mereka berjaya. Soalnya sekarang, biar pun sudah beberapa kali ditegur oleh pucuk pimpinan parti agar kempen itu dilakukan secara bermoral dan berhemah, namun masih ada pihak yang sanggup mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada pihak lain. Mungkin dek kerana tidak sependapat dan gara-gara sokongan terhadap calon-calon yang berbeza, maka kutukan, cacian, makian yang berbaur perkauman, lucah dan hina mula dihemburkan kepada pihak-pihak tertentu menerusi laman sembang sosial facebook sekarang ini. Perkara ini sungguh mengejutkan sebenarnya, tambahan pula calon-calon yang bertanding itu adalah dari kalangan parti yang sama. Jika cacian itu dibuat oleh pihak lawan, mungkin ia tidak menjadi halangan. Namun, masalahnya cemuhan itu dilakukan oleh ahli sesama parti. Inilah yang berlaku sekarang dan fenomena ini mungkin sukar untuk dibendung sekarang ini. Antara pemimpin yang teruk dibelasah sekarang ini ialah calon Timbalan Presiden iaitu Azmin Ali dan Zaid Ibrahim serta Chegubard dan Samsul Iskandar bagi jawatan Ketua AMK. Masing-masing mula menyerang peribadi secara agreasif tanpa memikirkan akibatnya. Rakyat melihat apa yang berlaku sebenarnya. Tidak bolehkah kempen itu dilakukan secara berhemah, tiada kutukan, fitnah, adu domba dan sebagainya?. Kenapa tidak masing-masing menyatakan agenda serta manifesto calon-calon pilihan mereka. Kenapa perlu membongkar isu peribadi untuk menyerang pihak lawan?. Apakah ini ajaran parti yang kononnya mahu buat perubahan untuk rakyat?.

[Justeru itu, pucuk pimpinan parti perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perkara ini. Satu tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana calon yang mengarahkan penyokong mereka berkempen secara agreasif itu diambil tindakan. Apakah adengan seperti ini mahu ditayangkan kepada rakyat yang mahu melihat PKR sebagai harapan mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Serangan peribadi menggunakan facebook kini semakin menjadi-jadi dan bertambah serius sebenarnya. Malah ada pihak yang sengaja diupah calon-calon tertentu untuk menjatuhkan maruah lawan mereka menerusi laman sembang sosial itu. Akhirnya kini, pertandingan yang sepatutnya berlaku secara sihat itu kini menjadi barah yang semakin kritikal. Serangan peribadi semakin menjadi-jadi, itu belum termasuk sogokan dan politik wang yang juga menular kini. Masing-masing ingin berkuasa tanpa menghiraukan cara. Jika dulu amalan sebegini lebih sinonim dengan UMNO, kini ia seolah-olah sudah terpalit ke dalam parti yang kononnya ingin meneruskan agenda perubahan rakyat itu pula].

Prosiding Kes Liwat II Mula Bersambung Hari Ini, Tiga Doktor Pakar Yang Rawat Saiful Bakal Di Soal Balas Oleh Peguam Bela Anwar Iaitu Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 25 Okt [10.12 am] - Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini akan menyaksikan semua tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur disoal-balas oleh peguam bela, Karpal Singh. Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka iaitu doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan akan dipanggil masih belum ditentukan. Dua pakar dari Australia iaitu profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald dijangka akan juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini. Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom. Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

[Perbicaraan yang bermula sehari menjelangnya dua pilihanraya kecil itu pasti akan bertambah panas apabila doktor yang merawat Saiful itu disoal balas Karpal Singh. Apa tidaknya, jika sebelum ini terdapat bukti ada salinan laporan perubatan yang tersebar luar mengatakan ketuga-tiga mereka bersetuju bahawa tiada kesan "tusukan" pada dubur Saiful yang bermakna anak muda itu tidak pernah menjadi mangsa sesiapa. Namun, anehnya tiba-tiba kenyataan itu bertukar apabila mereka dipanggil sebagai saksi di mahkamah sebelum ini. Dua kenyataan yang kontroversi ini pasti menyebabkan kedtiga-tiga mereka akan terperangkap dengan soalan-soalan panas yang bakal ditanya oleh Karpal nanti. Apapun, rakyat harus sabar melihat adengan-adengan tidak masuk akal yang berlaku dalam kes liwat II ini sebenarnya. Keputusan kes mungkin lambat lagi, namun ramai yang sudah boleh membaca dan menjangka apakah yang akan berlaku itu].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.