su Pahang: Bantahan "Projek Lynas" Memuncak, Himpunan Rakyat Di Masjid Balok Makmur Lepas Solat Jumaat Petang Tadi Terus Dapat Sambutan !

IKUANTAN, 8 April - Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di Komplek Dagangan Indera Mahkota dan Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri. Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan. Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi, YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat bantah projek tersebut daripada diteruskan pembinaannya.



ADUN Beserah, YB Syed Mohammad Syed Lonik turut membuat ucapan

Ustaz Suhaimi Md Saad dengan lantang mahukan projek Lynas dihentikan

Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) berucap

Sebahagian penduduk yang turut menyatakan bantahan isu projek Lynas

Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga sempat berucap

Rakyat bersatu mahu projek radioaktif Lynas dibatalkan pembinaannya
[Turut kelihatan ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Pihak polis seperti biasa hadir untuk memantau acara itu tadi. Namun, segalanya berakhir dengan suasana yang tenang dan tidak ada provokasi berlaku. Disamping berucap, risalah berkaitan bahaya Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Himpunan ini jelas sekali membuktikan betapa rakyat yang tidak berdosa tidak mahu hidup mereka dihantui dengan risiko bahaya radioaktif "rare earth" yang boleh terkena kepada mereka atau anak cucu pada masa akan datang. Justeru itu, mereka bangkit menentang dan mahu Kerajaan Negeri Pahang membatalkan terus projek ini tanpa sebarang kompromi. Bantahan seterusnya akan diadakan dalam jumlah yang lebih besar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula tidak lama lagi. Difahamkan, himpunan petang tadi turut dihadiri oleh wartawan media antarabangsa Al-Jazeera. Semua rakyat diseru datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Nampaknya kempen Selamatkan Rakyat, Bantah Lynas masih dipandang sepi mereka!]

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.