Oleh: rozmal
"Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Idil Adha yang sepatutnya lebih meriah dan hebat dari Hari Raya Idil Fitri kerana Idil Adha sepatutnya disambut 4 hari sedangkan Idil Fitri hanya 1 hari. Tengok saja Takbir Idil Adha selama 4 Hari dan 4 Malam, sedangkan Takbir Idil Fitri tak sampai satu hari pun.
Sepatutnya radio, TV dimeriahkan dengan lagu raya, ucapan raya sekarang ni. Ini Radio IKIM dan Astro Oasis pun tak ada pun memeriahkan suasana Idil Adha. Buatlah rancangan Salam Lebaran ke, Nasyid raya ke.
Kalau Idil Fitri sibuk dengan Bazaar Ramadhan. Tapi Idil Adha tak ada pula dengar Bazaar Zulkaedah. Tak ape lah , kalau kerajaan tak bagi cuti 4 hari Hari Raya Idil Adha, radio dan televisyen tak siar lagu raya, konsert raya, drama raya, kita meriahkanlah sambutan Idil Adha di kejiranan kita.
Kita meriahkan sambutan korban, buat kenduri kendara. Lepas isya kita buat Takbir rumah ke rumah selama 4 malam, bermula dari 16 November hingga 19 November. Lepas tu kita buat open house sarapan pagi ke, minum petang ke, makan tengahari ke, jemput ibu bapa kita, sanak saudara dan jiran tetangga.
TAHU TAK, ada Sekolah Menengah Kebangsaan (bukan Sekolah Tamil) di Seremban ini yang majoriti guru, pelajar dan pengetua orang Melayu yang cuti Deepavali 3 hari dari 3 ke 5 Nov, sedangkan cuti Hari Raya Haji hanya 1 hari pada 17 Nov nanti.
Mari kita semarakkan Idil Adha dengan Takbir, Korban, Solat Sunat, Jamuan, Derma dan Sebagainya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDIL ADHA
"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan