"

Batalkan semua saman ekor tertunggak ! Buka buku saman baru yang bukan saman ekor !
POTONG GAJI LANGSAI SAMAN TAK PRAKTIKAL
Berita Harian 10 Mac 2011
KUALA LUMPUR: Cadangan memotong gaji pemandu bas untuk melangsaikan saman kesalahan trafik bagi mengurangkan beban syarikat akan menyebabkan kerjaya itu tidak lagi menjadi pilihan sekali gus menyebabkan industri berdepan kekurangan pemandu yang lebih serius.
Sekiranya Kementerian Sumber Manusia meluluskan cadangan itu, kemungkinan kerajaan terpaksa mengambil warga asing sebagai pemandu bas bagi mengatasi kekurangan pemandu di negara ini. Ia berikutan cadangan berkenaan hanya membebankan pemandu kerana gaji mereka terlalu rendah terutama pemandu bas ekspres yang bergantung kepada komisen setiap perjalanan.
Kelmarin, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata, sekurang-kurangnya 8,000 pemandu bas ekspres dan henti-henti berkemungkinan dipotong gaji berjumlah RM4.8 juta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan