Saman ekor bawa motor tak pakai tali pinggang, BANGANG

Oleh: amkns

"Ini memang bangang dan bodoh namanya. Ada ke orang kita di Sabah ni kena saman ekor sebab bawa motosikal tidak pakai tali pinggang keledar? Bukankah ini menunjukkan sistem Saman Ekor ni hari demi hari menunjukkan KEBODOHAN, KEBANGANGAN dan KEDEGILAN pihak polis termasuk MENTERI dan PERDANA MENTERInya sekali? Cukuplah, hentikanlah mengugut rakyat suruh bayar saman ekor. Lebih banyak kes bodoh begini akan keluar dalam akhbar.

Sebelum ni atok umur 85 tahun di saman ekor bawa motosikal kuasa besar 500cc, kisahnya di amkns.blogspot.com



POLIS PERLU PASTIKAN DATA SAMAN EKOR TEPAT ELAK KEKELIRUAN
BERITA HARIAN 9 Mac 2011

HAMPIR semua rakyat mempunyai saman yang perlu dijelaskan menyokong perlanjutan tempoh pembayaran saman. Bukan kerana tidak mahu membayar, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan harian dan tidak menyedari mereka mempunyai ‘saman ekor'.

Saman bermaksud mengenakan hukuman atau denda kepada pesalah trafik dengan harapan pesalah tidak mengulangi kesalahan terbabit. Masalahnya, apakah matlamat saman dikeluarkan terutama ‘saman ekor'? Apakah saman itu dikeluarkan dengan betul kepada pesalah trafik? Apakah nombor pendaftaran kenderaan juga betul?

Apa yang dikesali, apabila saya membuat pemeriksaan saman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, didapati sebuah kenderaan didaftar atas nama saya disaman pada 2005 oleh PDRM daerah Tawau.

Tetapi, kenderaan itu digunakan di Kota Kinabalu sejak 2000 hingga 2008.
Pada 2008 barulah kenderaan itu dihantar ke Tawau untuk kegunaan anak saya. Lebih mengejutkan, apabila diperiksa kesalahan itu, kenderaan saya adalah motosikal, tetapi disaman atas kesalahan ‘tidak memakai tali pinggang keledar'.

Apabila saya menjelaskan perkara itu kepada pegawai terbabit, saya dinasihatkan merujuk kepada IPD pengeluar saman di Tawau. Saya yakin bukan hanya saya seorang menghadapi keadaan sebegitu berhubung ‘saman ekor' di negara ini bahkan ramai lagi tetapi tidak ingin membesar-besarkannya.

Sepatutnya, sebelumnya pihak polis mengeluarkan saman, terutamanya ‘saman ekor', pastikan dulu data kenderaan adalah betul. Jangan hanya mengutamakan kuantiti tetapi kualiti diabaikan.

EMJAY'S@Mojasa06,

Bundusan, Penampang.

Sumber: Berita Harian "

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.