Obama dan Asia


Melihat daripada liputan media maka jelas terlihat semacam ada kecenderungan sebahagian besar dunia merasakan mempunyai pertalian dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Perasaan sedemikian mungkin 'mutual' atau bersalingan di antara satu dengan lain.

Berulang kali Obama menyatakan yang latar belakang (menjalani zaman kanak-kanaknya di Indonesia dan bapa dari Kenya) akan membolehkan beliau untuk memahami mengenai budaya dan negara lain dengan lebih baik.

Sememangnya Obama memerlukan pemahaman sedemikian, terutamanya mengenai rantau Asia, di mana AS sedang menghadapi peperangan di Afghanistan, memerangi apa yang mereka anggap sebagai keganasan di Pakistan, dan keperluan mempelajari dan menyesuaikan diri dengan realiti peningkatan kuasa China dan India.

Dalam kenyataan terbarunya mengenai insiden di Mumbai, India, Obama berkata: "AS akan berkerjasama dengan India dan negara-negara di seluruh dunia bagi mengesan dan menghancurkan rangkaian pengganas."

Sebelum itu, dalam kempen pilihan rayanya, Obama telah mendesak kerajaan AS di bawah pentadbiran Bush agar memberikan fokus baru terhadap Afghanistan dan Pakistan, termasuk menghantar dua buah lagi briged penggempur ke Afghanistan dan menyelaraskan lebih dekat lagi penentangan membenteras keganasan bersama Islamabad.

Begitupun, ketika menjadi Presiden kelak, tidak mustahil Obama juga akan meniru rentak unilateral yang sama sebagaimana dilakukan oleh Bush - melancarkan serangan ke atas sasaran kerana beliau tidak menaruh kepercayaan kepada tentara Pakistan.

Mungkin juga beliau akan mengalihkan tumpuan ke arah Indonesia kerana negara itu membentuk pendapat umum rakyatnya dalam menentang keganasan di samping kemampuan pasukan polis mereka terhadap usaha tersebut.

Daripada mencurahkan bantuan tanpa had AS kepada Pakistan dan Afghanistan, mungkin Obama mahu menyalurkannya menerusi kerajaan dengan menjalinkan kerjasama rapat di antara pemimpin peringkat wilayah dan tempatan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Bush di Indonesia.

Obama yang dianggap lebih selesa berdialog telah berikrar akan mengadakan rundingan dengan musuh AS, atau setidak-tidaknya negara yang mengamalkan ideologi bertentangan. Dalam sebutan Asia, ini bermakna Korea Utara.

Ketika mengambil alih jawatan kelak, bakal Presiden Amerika itu mungkin mahu mempertingkatkan rundingan langsung dengan Pyongyang dan mengadakan perbincangan dua-mata dengan Presiden Kim Jong II dan menjadikan janji tidak akan membenarkan Korea Utara menjadi sebuah satelit China sebagai pertaruhan. - mks. _

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.