POLIS : 1 Dari 1,000 Yang Tak Rasuah

Saya tertarik dengan artikel sahabat (dewa) yang bertajuk "Adakah Polis Perak Memberi Makanan Haram Kepada Keluarga?".

Saya ingin berkongsi maklumat dengan keluarga TKO dan para pembaca semua. Maklumat ini saya perolehi daripada sahabat jamaah yang hadir ke dalam Majlis Usrah yang diadakan di rumah mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Pahat. Usrah pada malam itu disampaikan oleh seorang pensyarah UTM Skudai yang kini telah bersara. Salah satu isu yang disentuh oleh pensyarah itu ialah berkenaan gejala rasuah yang melanda negara.


Pensyarah tersebut mendedahkan bahawa jabatan kerajaan yang paling teruk rasuahnya ialah Polis. Beliau menceritakan bahawa salah seorang anak saudaranya adalah bekas anggota Polis. Anak saudaranya hanya berkhidmat selama 3 tahun sahaja, kemudian berhenti.

Pensyarah tersebut pernah bertanya kepada anak saudaranya itu mengapa berhenti jadi Polis. Anak saudaranya memberitahu "Saya tak tahanlah Pakcik. Saya tak sanggup makan duit haram (rasuah)."

Pensyarah tersebut bertanya lagi "Teruk sangatkah rasuah dalam Polis?"

Tegas anak saudaranya "Tersangat buruk. Pakcik bayangkan jika dalam 1,000 anggota Polis, yang tak makan rasuah hanya seorang. Yang lain semuanya sapu bersih. Tak kira pangkat. Semakin tinggi pangkatnya, makin besar habuannya."

Sebenarnya dalam Polis ini, semuanya makan duit haram. Dari Ketua Polis Negara sehinggalah ke anggota peringkat bawahan.

Mengapa ini berlaku ?

Perlu kita fahami rasuah yang melanda negara ini adalah hasil daripada didikan pimpinan UMNO yang memerintah. Para pimpinan UMNO memang suka rasuah melanda Polis sebab hanya dengan cara inilah anggota Polis yang telah 'gelap hatinya' akibat makan duit haram mudah diperkudakan oleh mereka.

Sudah menjadi tabiat manusia yang suka mencari jalan mudah (shortcut) untuk hidup mewah. Bagi anggota Polis yang berpangkat Lans Koperal, gaji mereka sekitar RM 1,000 sebulan termasuk elaun. Di zaman yang serba-serbi kena 'bayar' serta kos hidup yang semakin meningkat, manalah cukup dengan RM 1,300 itu. Sudah tentu perlu mencari 'duit tepi'

Apabila didapati peluang 'duit tepi' sangat mudah serta kurang iman di dada, siapa pun manusia dalam dunia ini boleh 'tewas' dengan penangan duit ni. Manusia mana yang tak mahu duit ? Kita sering mendengar orang bercakap "Dengan duit, semua boleh jadi." Inilah salah satu daripada kata-kata yang boleh menyebabkan seseorang jatuh Syirik. Na'uzubillah.

Saya pernah mendengar dari mulut seorang anggota Polis yang bolehlah dikira 'bersih'. Dia menyebut "Yang berpangkat Lans Koperal, setakat nak cari duit tepi sekitar RM 2,000 sebulan main-main je."

Tiada jalan lain untuk membenteras gejala ini kecuali dengan menumbangkan Kerajaan Rasuah yang ada hari ini dalam PRU 13 kelak.

Teringat saya apabila Allah SWT memberitahu kepada Nabi Adam bahawa daripada 1,000 orang Islam, hanya seorang daripadanya masuk Syurga.

Jazakallah.

http://monazmuslim.blogspot.com

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.