Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan ‘Double Standard’

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.



AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap ‘double standard’ di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?



AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.



AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.



AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.





Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.