Pejam celik, pejam celik dan 10 tahun usia TKO, sama usia dengan anak saya ke-2 saya. 10 tahun memberikan banyak perkara untuk dihitung sebagai iktibar dan pengajaran kepada kami. Pengendali, pembantu dan mereka yang memberikan sumbangan baik artikel, wang atau keringat silih berganti.
TKO masih utuh dan maju selangkah demi selangkah ke hadapan tanpa menoleh kebelangkang. Halangan, rintangan, cemuhan, kritikan atau asakan akan diketepikan… semuanya adalah kemuncuk di jalanan yang akan mengahalang kemaraan TKO.
Prinsip dan indentiti masih kekal dari dulu sehingga sekarang menjadi padoman kepada sesiapa yang akan menerajui TKO. 10 tahun melibat pertukaran 7 webmaster, 8 pembantu webmaster, 3 administrator, 2 pengendali server dan melibatkan hampir 50 orang moderator.
TKO bermula apabila Tok Ayah pulang ke Dungun dan terlibat dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD), setelah 3 hari berturut-turut dikunjungi oleh Kamarudin Mustafa (Setiausaha DPPKD pada masa itu dan sekarang telah menerima hukuman penjara sepanjang hayat (sehingga mati) kerana terlibat dengan kumpulan al-Maunah – tuduhan). Tok Ayah telah dilantik menjadi Setiausaha Lajnah Politik, Dakwah dan Pilihan Raya. (PD&P)
Lajnah PD&P menerbitkan satu risalah berkala seminggu dengan nama “Minda Pemuda”. Tok Ayah tidak puas hati kerana risalah yang diterbitkan tidak dibaca dan dihayati; orang lebih suka membaca & mendengar berita-berita internet (pasal tak banyak yang ada internet – jadi dengar cerita ajelah..) kerana isu Anwar Ibrahim menjadi isu utama pada masa itu.
Tok Ayah mula berfikir pengendali Mahazalim hanya sekadar menulis dirumah sahaja, semua orang baca beritanya… taklah letih seperti dia, mengurus Minda Pemuda & Suara Pemuda (Risalah Bulanan). Akhirnya Tok Ayah membuat rumusan untuk membuat laman sendiri.
Dia berjumpa dengan seorang sahabat yang pada masa itu adalah tokei kedai komputer; bertanyakan bagaimana nak membina laman web. Tokei kedai komputer itu memberitahu supaya mengguna Netcape Navigator. Tokei kedai juga menyuruh melihat laman HarakahDaily(lama – xoom), Mahazalim dan juga PAS Sabah (yang lama – tripod).
Tok Ayah pulang ke rumah selepas solat maghrib sekitar pukul 10.00 malam 12 Mac 1999, dia terus memulakan laman webnya yang pertama dengan tanpa sebarang pengetahuan sekadar berpandukan kepada 3 laman contoh tersebut. Saya dimaklumkan pada masa itu dia tak tahu apapun mengenai HTML.
Malam itu dia mula mendaftar e-mail pertamanya tokayah@hotmail.com dengan password 1234. Daftar laman di tripod dan menggunakan netcape untuk membina laman web. Tanpa berhenti, melainkan makan dan solat dia buat laman ini selama 13 jam. Maka siap laman pertamanya pada pukul 11 pagi Hari Jumaat 13 mac 1999. Inilah laman pertamanya yang telah diarkibkan oleh kami di
http://www.tranungkite.net/tranungkite/tranung01.html Masa Tok Ayah bentang laman pertamanya di Mesyuarat DPPKD, kita orang gelak, pasal laman ini macam ikan duyong, sekerat DPPKD dan sekerat Mahazalim. Saya masih ingat lagi yang paling banyak mengkritik pada masa itu ialah SU DPPKD, Kamarudiin Mustafa yang kata tak perlu membazirkan tenaga kerana telah wujud laman Mahazalim dan Mahafirum. Siapa nak baca laman TKO.
Tok Ayah tak puas hati, dia merungut masa kami minum selepas mesyuarat, katanya ini cabaran untuk dia. Kita orang tak komen, ambil hati… nanti putus semangat.
Dia mula jadi "burung hantu" dan diberitakan dia juga tidur di pejabat sehingga rakan sepejabat ambil gambar tampal di dinding. Rasanya kalau tak silap bil internet pada bulan pertamanya sekitar RM200.
Hasil kegilaan Tok Ayahlah kita merasai untuk berforum, kita memaki sesama sendiri, kita suka buat tuduhan kita tidak mengikut adab dan tatatertid Islam.. Kalau Tok Ayah tahu rasa tak berbaloi dia merosakkan imejnya seorang pekerja cemerlang daerah & aktif di negeri kerana tidur di pejabat…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan