Cabaran terbuka kepada Rais Yatim dan UMNO


" Meluat, benci, rasa mual dan muak bila aku dengar ulasan rais yatim tentang institusi raja raja dan perlembagaan. Benci kerana sikap kepura-puraan memang sudah menjadi sebahagian dari sikap pemimpin UMNO. Yang cuba dimainkan oleh UMNO sekarang adalah, pembangkang akan menghapuskan institusi beraja. Rais Yatim kata ada 'grand design' nak hapuskan institusi raja. Nampaknya semua keburukan dan kesalahan hendak dipalitkan kemuka pembangkang. Padahal punca segala kepincangan adalah UMNO.

Bahagian yang mana satukah yang Rais Yatim kira pembangkang akan menghapuskan institusi raja? Adakah kerana hendak mencabar kesahihan perlantikan menteri besar perak dah dikira hendak menghapuskan institusi raja? Apa sangat kalau dibandingkan dengan menghapuskan kekebalan raja raja oleh UMNO pada tahun 1993. Kemana perginya Rias Yatim pada masa itu? Menghapuskan kekebalan raja raja bermaksud raja raja boleh diambil tindakan jika ada isu melibatkan peribadi raja raja.

Ikhlas ke Rais Yatim atau UMNO hendak perjuangkan institusi raja? Sanggup ke terima cabaran? Persatuan Kerabat Diraja Kedah(PKDK) pernah mencadangkan untuk membawa isu kekebalan raja raja ke Persidangan Majlis Raja raja yang akan datang. Yang dipertua PKDK Datuk Tengku Zainol Tengku Yahya akan mencadangkan imuniti raja raja dikembalikan supaya isu mempersendakan raja raja tidak lagi timbul. Nah...inilah peluang untuk Rais Yatim dan UMNO untuk membuktikan keikhlasan mereka memperjuangkan institusi raja. Kami cabar, diulangi KAMI CABAR Rais Yatim dan UMNO, supaya kembalikan kekebalan raja raja. Buktikan kamu ikhlas. Buktikan bukan kamu yang hendak menghapuskan raja raja.
Kami juga ingin mencabar sekali lagi sepertimana artikel yang banyak disiarkan kembali di internet, ambil tindakan kepada sesiapa saja yang menghina raja raja. Isu pertabalan Annuar Musa di ketereh bukan sebarang isu, dah terang lagi bersuluh Sultan kelantan dihina sedemikian hina. Idris jusuh menghina Yang Dipertuan Agung, apakah perkataan 'natang' atau binatang masih belum jelas lagi derhakanya? Di mana Rais Yatim pada ketika itu? Cuba lah sebutkan satu ayat yang pernah dikeluarkan oleh pihak pembangkang yang sama derhaka dengan ayat 'natang'?
Sekali lagi ingin diulangi, kami mencabar dikembalikan kekebalan raja raja. Kami pembangkang akan sokong sebulat suara. Gubal kembali undang undang. Biar raja raja lebih berkuasa dari UMNO. Tapi kami memang pasti UMNO tidak akan berani. Kerana dari dulu kini dan selamanya UMNO memang bacul, penipu dan pengkhianat bangsa

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.