Umno Julang Keris, Tikam Bahasa Melayu!

"Bila sahaja orang-orang Cina atau India meminta tanah, kuota dan hak-hak mereka, Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein terus bertempik dalam gelanggangnya sambil menghunuskan keris.

"Jangan cabar Melayu" itulah antara ayat-ayat keramat yang terhambur dek lidah bercabangnya. Sebaik disandarkan sebagai Menteri Pendidikan yang kemudiannya ditukar jadi Menteri Pelajaran, beliau menyambut idea Mahathir dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris secara membuta tuli.

Sesungguhnya, tindakan itu umpama melapah Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi korban untuk dipersembahkan kepada dunia khususnya kepada pewaris kolonial Inggeris dan menyatakan bahawa negara ini masih tidak boleh berdiri sendiri atas tulang bangsa Melayu yang berteraskan Bahasa Melayu.

Citra Melayu digelapkan sedikit demi sedikit dan yang turut menjadi mangsa adalah bahasa cina dan Tamil yang selama ini menjadi bahasa pengajaran dan pembelajaran disekolah vernakular.

Habis Bahasa Melayu dan bahasa lainnya ditikam oleh Hishamuddin. Saat rakyat bangkit pada 7 Mac lalu, Hishamuddin sibuk mencari dalang. Tuduh sana, tuduh sini. Beliau cari mangsa untuk ditikam lagi.

Sasterawan Negara dianggap penderhaka dan perosak bangsa, walhal merekalah yang bersusah payah mengumpul kudrat dan menatang semangat untuk menongkat kembali Bahasa Melayu dalam pendidikkan anak-anak kita.

Hishamuddin yang angkuh harus diberikan keinsafan dan dibawa melihat sejarah perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Beliau juga wajar diajarkan tentang kejayaan bangsa lain yang mampu meletakan diri dan negara mereka dalam senarai negara maju.

Lihatlah negara Jepun, Jerman, Italy, Perancis dan Sepanyol. Bahasa mereka kekal jadi bahasa pengantar, bahasa pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Walaupun ada beberapa istilah Arab dan dalam matematik atau istilah Inggeris dalam sains namun bila masuk ke bilik darjah mereka, bahasa-bahasa ini disesuaikan dengan bahasa mereka atau diasimilasikan.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amatlah berguna buat kelangsungan tamadun bangsa Melayu. Kerana setiap tamadun itu dikenali bukan sekadar kerana kecanggihan teknologinya, tetapi kerana latar budaya dan bahasa pendidikannya.

Bahasa Melayu juga fleksibel untuk berkembang dan boleh diasimilasikan dengan beberapa frasa lain yang tiada didalam kosa katannya. Ini membuktikan Bahasa Melayu bukanlah bahasa terpinggir, ia mampu untuk digunakan disemua bidang asal sahaja penakrifan dan pembinaan kosa kata yang baru tidak terhalang walaupun dengan kemajuan sains dan matematik.

Oleh itu, apasalah dosa Bahasa Melayu hingga sanggup ditinggalkan Umno. Adakah cukup sebilah keris dan baju Melayu sebagai tinggalan warisan Bangsa Melayu buat titipan anak-anak kita nanti. Ianya tidak cukup kerana disana perlu ada identiti lain yang wajib kita wariskan.

Jangan biarkan Bahasa Melayu menjadi bahasa orang di Pasar sahaja. Ia wajib dijadikan Bahasa Ilmu demi mengangkat martabat bangsa Melayu.

Nota-Artikel ini ditulis dengan merujuk kepentingan mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bukannya ingin memperjuangkan Bangsa Melayu secara membabi buta macam Umno.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.