Berita Harian hari ini telah mendedahkan statistik keputusan SPM di Malaysia. Akhbar tersebut menunjukkan, berdasarkan kajian yang dibuat, peratus kecemerlangan SPM pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas, terutamanya Sains dan Matematik yang diajar di dalam Bahasa Inggeris. Sejauh manakah kebenarannya?
Pertama
Persoalan sekarang, adakah kita mudah tertipu dengan sekadar melihat keberkesanan PPSMI melalui keputusan SPM sahaja? Walaupun keputusan SPM tahun ini mendapat kelulusan cemerlang sehingga 500 % sekalipun, ia tetap memberi padah yang buruk kepada anak bangsa.
“Semakin tinggi kelulusan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris, semakin hilanglah Bahasa Melayu”
Inilah hipotesis yang dapat saya katakan. Perkara ini harus disedari, di mana pelajar-pelajar kita semakin melupai Bahasa Melayu dan menganggapnya sebagai matapelajaran sampingan. Hari ini kita sudah menyaksikan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus. Hanya terdapat di lebuhraya, papan tanda dan sebagainya.
Apa yang sedihnya, peningkatan tersebut dianggap satu kebaikan, sedangkan pelajar-pelajar Melayu semakin hilang keMELAYUannya, dan nilai-nilai murni yang diterapkan. Boleh jadi, masing-masing lebih suka bertutur dengan Bahasa Inggeris, kononnya nampak macam “mat saleh” sikit. Sekiranya saya adalah berbangsa Inggeris, saya juga turut mengakui kebodohan orang Melayu kerana perbuatan mereka ini.
Kedua
Sekiranya difikirkan dengan teliti, siapakah yang menaikkan peratus kecemerlangan tersebut? Bukankah sangat mudah bagi mereka untuk menampakkan kecemerlangan PPSMI? Dengan hanya menurunkan peratus kelulusan, sudah membuatkan kecemerlangan meningkat. Begitu mudahkan? Bahkan mereka juga boleh menjadikan keputusan SPM tahun ini lebih tinggi dari angka tersebut.
Ketiga
Bolehkan sekiranya orang Inggeris mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu? Sudah pasti satu perkara yang tidak sanggup mereka lakukan. Tetapi, di Malaysia, bangsa Melayu dipaksa mempelajari Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris! Tetapi, Menteri Pelajaran sanggup melakukannya.
Keempat
Sekiranya PPSMI ditubuhkan untuk meningkat pemahaman dan kemahiran di dalam Bahasa Inggeris, kenapakah Sains dan Matematik pula yang diubah ke dalam bahasa tersebut? Kenapa tidak diperkasakan sahaja Matapelajaran Bahasa Inggeris? Fikirlah sendiri.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan