Isu PPSMI mudah diselesaikan - beri pilihan

Isu Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini mudah sangat untuk diselesaikan. Caranya adalah memberi pilihan kepada pelajar-pelajar. Yang mahu kembali mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia (BM), bahasa ibunda, patut dibenarkan. Sementara yang mahu meneruskan mempelajari sains dan matematiks dalam bahasa penghantar, Bahasa Inggeris (BI), juga boleh meneruskannya.


Adakan dalam kedua-dua bahasa penghantar, BM dan BI, dan biarlah pelajar sendiri memilih yang mana satu mereka mahu. Memangnya tidakan tidak bijak kerajaan UMNO-BN memaksa pelajar-pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa antarabangsa tersebut. Dulu bila sains dan matematik diajar mengguna Bahasa Malaysia pun ramai pelajar Melayu kita yang rendah pencapaian mereka. Inikan lagi bila diajar dengan Bahasa Inggeris. Lagi naik bengganglah pelajar-pelajar kita itu.

Eloklah diadakan semula pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia. Tetapi adakan juga kelas-kelas yang mengajarnya dalam Bahasa Inggeris. Terserah kepada pelajar-pelajar memilih yang mana satu.

Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti-universiti atau kolej-kolej di luar negeri, terutamanya di Australia, Britain, Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat patut digalakkan untuk mempelajari sains dan matematik dengan menggunakan bahasa penghantar, Bahasa Inggeris agar lebih mudah bagi mereka nanti. Buku-buku rujukan juga lebih luas.

Yang mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia juga masih boleh ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran asalkan mereka turut mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya di kelas-kelas tuition.

Isu ini memang mudah sekali untuk diselesaikan. Kembalikan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia disamping terus adakan kelas yang ajar dalam Bahasa Inggeris, dan seterusnya biarkan pelajar-pelajar membuat pilihan.

Tarabulsi
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.