60 Billion : Ikan Yang Diumpan Dengan Ayam?

Isu 60 Billion ini menjadi hangat apabila Najib membuat kejutan di sidang parlimen semalam. Pimpinan PKR dan termasuk saya sendiri, terkejut dengan kejutan yang dibuat. Sejauh manakah kebenaran dan hakikat 60 billion ini hanya Allah sahaja yang tahu. Timbul juga persoalan di kalangan pembaca, dari manakah Najib boleh memperolehi 60 billion ini?


Sejauh manakah persoalannya akan terjawab dalam masa yang terdekat. Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk meraih pengaruh rakyat untuk menaikkannya sebagai PM? Saya tidak berniat untuk memfitnah sesiapa, tetapi, apa yang dikhuatiri, 60 billion itu seperti umpan (rapala) yang diletakkan di dalam tasik untuk memancing ikan-ikan.

Umpan yang diletak kali ini, sangat menarik. Apakah tujuan di sebaliknya? Saya khuatir bahawa beliau (Najib) hanya meraih pengaruh untuk mendapat sokongan semua pihak bagi kenaikannya sebagai PM. Namun, siapa tahu?. Allah lebih mengetahui. Saya bukan menuduh, tetapi sekadar melontarkan persoalan untuk dijawab oleh semua.

Ramai yang boleh mempertikaikan artikel ini, dengan mengatakan bahawa, bukankah 60 billion itu dibentangkan di dalam parlimen, takkanlah ia hanya “mainan”? Saya menjawab, “Pernah tak anda melihat seseorang memancing dengan berumpankan seekor ayam?”. Sekiranya kita adalah sang ikan, kita akan mempercayainya dengan mengatakan “Takkanlah pemancing sanggup mengorbankan seekor ayam untuk dijadikan umpan?”

Tetapi, apakah hakikatnya? Si pemancing lebih berpuas hati sekiranya dapat menaikkan seekor Ikan Toman, walaupun terpaksa mengorbankan seekor lembu pun untuk dijadikan umpan. Fikirkan analogi ini. Namun, saya tidak memfitnah sesiapa, tetapi sekadar mengajak semua supaya berfikir dan memerhatikan dengan teliti.

Hakikatnya, ketelusan di dalam pengurusan wang, itulah yang paling penting. Tidak mahu terdapat di sana kroni, rasuah dan sebagainya. Berjaga-jagalah dengan taktik Najib, kemungkinan ia hanyalah gimik, atau dia sendiri hendak merasuah semua rakyat Malaysia? Fikirkan dengan teliti, jangan mudah terpengaruh dengan umpan.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.