Pas mahu Majlis dialog perpaduan libatkan semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja

Sabtu lalu Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) mengemukakan syor agar satu perbincangan di kalangan pemimpin tertinggi parti-parti politik Melayu termasuk mewakili pembangkang diadakan terutamanya susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu bersatu.


Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sememangnya menyambut baik cadangan supaya diadakan majlis-majlis dialog bagi membincangkan isu-isu perpaduan di kalangan rakyat.

“Majlis dialog untuk perpaduan itu baik, tapi bagi saya adalah lebih baik jika ia diadakan tanpa memfokuskan kepada perpaduan kaum-kaum tetentu sahaja.


“Eloklah dilibatkan semua kaum dan semua parti politik kerana isu perpaduan bukan timbul di kalangan orang Melayu sahaja,” katanya.

Tambah beliau, untuk mencapai perpaduan dalam sesebuah negara, semua pihak harus bekerjasama dan bersatu-padu agar rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera.

“Seluruh rakyat tak kira bangsa atau agama apa sekalipun, kita kena libatkan demi mencapai persepakatan untuk tujuan perpaduan,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali pula berpendapat untuk memastikan agenda perpaduan terlaksana, perbincangan yang melibatkan satu kaum sudah tidak relevan untuk dilaksanakan.

“Kalau betul-betul kesatuan itu mahukan perpaduan wujud dalam negara kita, sepatutnya mereka mencadangkan agar diadakan satu perbincangan yang menyeluruh melibatkan semua kaum.

“Rakyat kita berbilang bangsa, jadi mereka juga harus terlibat sama bagi menentukan agenda perpaduan,” katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan benar-benar prihatin untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini, sebarang usaha yang ingin dilakukan tidak harus memihak kepada satu kaum sahaja.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.