Hebat Polis !! Masjid Ubudiah...Masjid Negara....selepas ini?

Antara perkara yang menyamai Polis Malaysia dengan Tentera Israel adalah kegemaran menembak orang ramai dengan gas pemedih mata. Cuma bezanya Tentera Israel tembak sasaran tuju adalah kepada bukan warga dan bangsanya sendiri iaitu bangsa Arab dan Islam manakala Polis Malaysia sangat gemar cari sasaran gas pemedih matanya pada yang sebangsa dan seugama dengannya. Kini sasaran target barunya ialah masjid.

Dalam sejarah belum pernah tercatat berita bahawaTentera Israel mensasarkan gas pemedih matanya ke synagogue(rumah ibadat Yahudi). Tapi PDRM sudah buat rekod! Bulan lalu di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Kini Masjid Negara pula jadi sasaran semasa Himpunan 100,000 rakyat Bantah PPSMI. Masjid mana pula jadi sasaran tembakan gas pemedih mata FRU selepas ini?

Barangkali jika Masjidil Haram ditakdirkan terletak di bumi Malaysia juga menjadi sasaran FRU !Mungkin inilah rekod "kecemerlangan " IGP Musa menjelang persaraannya September ini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.