" Kenyataan dari Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Ahmad Awang, PAS akan mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 26 Mac ini. Penamaan calon akan diadakan 29 Mac manakala hari pengundian, jika ada pertandingan, akan berlangsung pada 7 April.
Ini adalah kenyataan taktikal dari pihak PAS. Perangkap awal dipasang oleh pihak PAS.
Jika dilihat pada dua PRK sebelum ini (Permatang Pauh dan Kuala Terangganu), faktor timing pengumuman calon cukup taktikal dalam menumpaskan musuh. Di P44 Permatang Pauh pihak Umno lambat untuk mengumumkan calon berbanding PR. Ianya kredit kepada PKR, serangan psikologi dilancarkan awal. Isu ketandusan calon dan kredibiliti kualiti calon dari umno berjaya ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim. Bilamana saudara Arif Shah diumumkan sebagai calon, faktor kekangan masa menyebabkan kem umno gagal menonjolkan calonnya dan menepis serangan kem PKR.
Di P36 Kuala Terangganu. Team strategi Umno cuba belajar dari kesilapan. Diumumkan calon lebih awal dari PAS. Namun percaturan umno silap. PAS membiarkan umno bersspekulasi tentang siapa calon dari PAS. Umum mengetahui serangan lebih terarah kepada 3 tokoh PAS yg pada jangkaan mereka akan bertanding di PRK ini. Mat Sabu, Mustafa Ali, dan Dr Syed Azman.
Semua media Bn/umno tertumpu pada 3 individu ini. Disaat-saat akhir, baru TG Haji Hadi mengumumkan calon dari PAS, Sdr Hj Wahid Endut. Terkejut pihak umno. Figure ini cukup kontra berbanding calon yg ditonjolkan oleh umno. Banyak serangan umno telah terbazir pada 3 tokoh ramalan mereka sebelum itu. Hasilnya, PAS berjaya merampas kerusi P36 dengan majoriti yg tinggi.
Kenyataan dari Ust Ahmad Awang ini, boleh ditafsir sebagai umpanan perangkap kepada kem umno. Harus diingat, perhimpunan agung Umno dijangka berlangsung pada 24 mac hingga 28 mac ini. 29 Mac adalah hari penamaan calon. Sudah pasti team strategi umno sulit untuk menentukan timing yg sesuai untuk mengumumkan calon mereka pada kali ini.
Jika diumumkan sebelum 24 mac, Najib belum memegang jawatan presiden umno. Team Khairy masih mempunyai pengaruh terhadap bapa mertuanya sebelum tarikh ini. Pasti Khairy akan meletakkan calon dari kalangan org-orgnya. Najib pasti tidak selesa dengan situasi ini. Jika dilihat, dalam umno itu sendiri pun wujud puak2. Puak Najib dan puak Khairy. Segala percaturan external umno amat berkait rapat dalam percubaan meraih undi perwakilan dalam perhimpunan agung umno nanti.
Ini menjadikan kem umno berada dalam keadaan cukup defensif. PAS dilihat sudah terkehadapan dalam langkah awal memenangi pertempuran di Bukit Gantang ini.
Kita tunggu dan lihat. Masih banyak strategi taktikal yg bakal dikeluarkan oleh kedua dua pihak selepas ini. Pas sudah mengumpan awal pihak Umno Bn dengan mengumumkan tarikh Pas akan mengumumkan nama calon Pas.Kita lihat bagaimana pakar strategi Umno menyambut umpanan awal PAS ini.
Perancangan yg teliti pasti menumpaskan perancangan yg lemah.
http://pasakkaki.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan