Rm 300 000 Kos Penerbangan Khir Toyo : Orang Yang Membazir Sahabat Syaitan

Hari ini, ketika artikel ini ditulis, saya terbaca Berita Harian Online, yang mengatakan bahawa kos penerbangan Khir Toyo bermula 21 September sehingga Januari tahun lalu mencecah RM 349 134.00, yang melibatkan 21 penerbangan. Selain itu, akhbar tersebut juga menyatakan bahawa Khalid Ibrahim mendedahkan kos pengangkutan sahaja, tidak termasuk penginapan, makanan dan sebagainya

Sekiranya difikirkan dengan teliti, dan dikira semula, kos penerbangan sahaja sudah membazirkan RM 230 sehari, sedangkan bukan setiap hari beliau membuat penerbangan. Seorang kaya mungkin menghitungnya sebagai nilai yang sedikit, tetapi sekiranya sehari sudah menghabiskan sebanyak itu, bagaimanakah pula dengan kos kenderaan, penginapan, pelancongan dan lain-lain?

Adakah mencecah RM 500 sehari? Atau lebih dari itu? Dan saya yakin, ini hanyalah jumlah minimum baginya. Sekiranya RM 500 sehari yang dibelanjakan, dalam masa sebulan, sudah menghabiskan sebanyak RM 15,000! Dan saya juga yakin ini adalah bilangan minimum. Segalanya masih lagi dalam semakan untuk didedahkan selepas ini.

Walaubagaimanapun, di dalam al Quran sudah menyebut bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Ini kerana perangai membazir ini sangat digemari oleh syaitan, dan syaitan sangat suka pada mereka yang membazir. Sekiranya beliau (Khir Toyo) telah melakukan pembaziran dengan sebanyak ini, bertaubatlah sebelum anda jadi syaitan sebenar-benarnya.

Sekiranya anda benar-benar menggunakan wang sebanyak ini ke jalan yang betul, dan tiada sebarang pembaziran, maka fikirlah keperluan semasa. Masih ramai yang lebih memerlukan wang itu, dan masih ramai lagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Mungkin ramai yang sudah lupa, apakah itu “kais”? Fikirlah wahai orang yang berakal.

Lebih teruk lagi apabila wang itu adalah bukan wang kita, atau lebih mudah lagi, duit kerajaan. Adakah dengan begitu mudah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu, apatah lagi dengan tujuan pembaziran semata-mata? Ia sudah dikira duit haram, sama seperti makan makanan curi. Bahkan duit haram yang digunakan tersebut akan mengalir di dalam badan kita 24 jam!

Bayangkan, selama 24 jam anda dilaknat kerana men”songlap” duit kerajaan! Ini semua adalah kemungkinan, dan saya tidak berniat menuduh bukan-bukan kepada Khir Toyo. Tetapi, sekiranya betul dia menyeleweng duit kerajaan, maka anda akan dilaknat 24 jam oleh duit haram yang mengalir di dalam badan anda. Sekiranya tidak, berhati-hatilah supaya tidak termakan duit haram.

Jangan ingat Khir Toyo sahaja yang bersalah, sekiranya anda sendiri yang melakukannya, maka bertaubatlah sebelum terlambat. Bertaubatlah sebelum daging-daging anda dimasak rentung oleh api neraka. Sekiranya daging dibakar rentung, anda akan membalingnya ke tong sampah kerana tidak menyukainya. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda lah daging yang rentung itu? Ambillah iktibar bersama

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.