960 orang awam korban perang Gaza

BANDARAYA GAZA: Serangan Israel selama 22 hari ke atas Gaza bagi menentang kumpulan Hamas menyebabkan 1,434 orang terkorban termasuk 960 orang awam, 239 pegawai polis dan 235 pejuang, menurut satu kumpulan hak asasi kemanusiaan Palestin, hari ini.

Serangan udara, darat dan laut Israel mulai 27 Disember hingga 18 Januari dikatakan untuk memastikan pejuang Hamas dan kumpulan militan Islam menghentikan serangan roket dan mortar ke sempadan selatan negara itu.

"Siasatan Pusat Hak Asasi Manusia Palestin menunjukkan askar Israel menggunakan semua tindakan agresif, kekejaman dan penganiayaan serta pelanggaran terhadap asas dan punca untuk menyerang," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel menafikan dakwaan itu sambil berkata, dalam serangan itu mereka 'berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada orang awam daripada menjadi mangsa'.

Katanya, tentera Israel sebelum serangan sudah memberi amaran agar orang awam meninggalkan kediaman mereka di kawasan zon peperangan.

Kumpulan hak asasi itu berkata, mereka akan menerbitkan senarai penuh serta identiti mangsa yang terkorban minggu depan dan akan dimuatkan dalam web Arab dengan versi bahasa Inggeris.

Kumpulan itu mendakwa angka kematian yang amat tinggi membabitkan orang awam berbanding pejuang yang terkorban menunjukkan Israel melanggar asas dan tujuan memerangi Gaza.

Mereka berkata, tambahan pula 288 kanak-kanak dan 121 wanita terbunuh sepanjang serangan berkenaan. - Reuters

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.