Setiausaha DUN Perak betul KSN
PUTRAJAYA 3 Mac - Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri yang digantung tugasnya telah bertindak betul berdasarkan peraturan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa persidangan tergempar DUN negeri itu tidak boleh diadakan tanpa perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, Abdullah tidak boleh dianggap mengingkari arahan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar kerana beliau hanya menjalankan tugasnya berasaskan peraturan sedia ada.
Ulasan
Berdasarkan kepada kenyataan KSN di atas , maka mungkin tercatatlah dalam sejarah perkhidmatan awam Negara , buat pertama kalinya ketua bagi sebuah perkhidmatan turun padang mempertahankan kerajaan umno/bn , yang sudah terlalu uzur sekarang ini.
Natijahnya
Selepas ini , mungkin tidak menjadi kesalahan lagi sekiranya seluruh pegawai dan kakitangan awam , khususnya Kumpulan A – Profesional dan Pengurusan , turut sama membuat kenyataan – kenyataan berbau politik , dan seterusnya terlibat dalam politik secara aktif , samada di pihak kerajaan umno , dan lebih – lebih lagi di pihak Pakatan Rakyat.
P/S
Selama ini , kelonggaran dan kebenaran hanya diberikan kepada mana – mana pegawai dan kakitangan kumpulan A yang ingin menyokong parti dari kerajaan umno/bn saja.
Dan kemudahan yang sama tidak diberikan kepada pegawai dan kakitangan kumpulan A untuk bergiat aktif dalam Pakatan Rakyat untuk bersama – sama rakyat terbanyak menurunkan kerajaan umno/bn.
Tindakan KSN ini tidak adil , juga tidak melambangkan sikap seorang ketua yang bertanggungjawab.
Nota kaki
Nanti , adalah wajar dibuka semua sekatan , halangan dan peraturan yang berast sebelah dalam JPA dan SPA tersebut , yang tidak membenarkan pegawai dan kakitangan Kumpulan A dari terlibat aktif dan memegang jawatan dalam parti politik.
KSN
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan