MCA Menghina Mahkamah Syariah


"MCA menghina mahkamah syariah dengan menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan sebagai "keghairahan agama berlebihan" dan "salah guna sewenang-wenangnya" tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Ketua biro pendidikan MCA Gan Ping Sieu mengulas keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh si ibu Chew Yin No, atau nama mualafnya Siti Zubaidah Chew Abdullah yang memeluk Islam pada 28 Januari lalu.

Mahkamah syariah negeri itu memberikan hak penjagaan sementara Nurul Syuhada kepada Siti Zubaidah.


Mahkamah syariah adalah lebih berhak menentukan status agama seseorang memandangkan hukum dan undang-undang memeluk Islam tercatat secara jelas dalam sumber hukumnya.


Seksyen 70 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 menyebutkan :




“Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama.” - e-Fatwa




Tindakan Ketua Biro MCA yang merendah-rendahkan mahkamah syariah dan mengungkit isu Perkara 121 (A) secara manipulatif itu dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati status Islam sebagai agama rasmi di negara ini.




Gan meluahkan perasaannya dengan melabelkan Institusi Syariah sebagai mengambil kesempatan melalui proses perundangan syariah sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.




Gan menambah, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sivil tidak harus tunduk pada peraturan Islam.




Dilaporkan oleh: Media online Pro-Singapore (M###########.com)






P/S: anda boleh meluahkan bantahan anda dalam Face Book Gan Ping Sieu melalui link ini - http://www.facebook.com/people/Gan-Ping-Sieu/716106568

www.mj2020.blogspot.com

Oleh: www.mj2020.blogspot.com"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.