" Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO bersetuju parti itu perlukan perubahan. Namun, mereka tidak pernah memperincikan bentuk-bentuk perubahan yang diperlukan.
Situasi sebegini amat aneh pada pandangan rakyat. Walau bagaimanapun, Khairy beranggapan bahawa UMNO tidak seteruk yang digambarkan.
Baginya, UMNO tidak dapat mengurus kemenangan besar pada tahun 2004. Oleh sebab itu, fokus UMNO mestilah kembali ke situasi demikian. Satu lagi keanehan pemikiran pemimpin ini. Semua orang melihat ke hadapan, dia seorang melihat ke belakang. Mukhriz mendakwa hala tuju UMNO telah terpesong. Khir Toyo menyalahkan pembangkang kerana memberi persepsi buruk terhadap UMNO. UMNO tidak mesra rakyat, sombong, dan dilihat tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri.
Biar apa sekalipun tanggapan mereka bertiga, nada penafian masih kukuh dalam pemikiran Pemuda UMNO. Keengganan mengakui kehilangan sokongan meletakkan UMNO dalam kepompong igauan yang meruncing. Mostalgia terhadap kejayaan besar yang palsu pada tahun 2004 menjadi racun yang melumpuhkannya. Tanpa disedari, semua penafian, nostalgia, dan persepsi yang dinyatakan sendiri oleh pemimpin-peminpin itu menjadi duri dalam daging yang memusnahkan UMNO.
Rakyat berasa hairan bagaimana Khairy sanggup menikam UMNO dari belakang. Pernyataan yang keluar dari mulutnya benar-benar memeranjatkan. Parti yang sudah berusia lebih 60 tahun tidak pandai mengurus kejayaan gemilang 2004. Nampaknya, dia membodohkan semua pemimpin dan ahli UMNO. Jadi, tidak salahlah kalau orang lain sependapat dengannya dan mengatakan semua ahli UMNO bodoh. Hakikatnya, kemenangan itu diperoleh melalui jalan yang salah. RM219 juta hanya untuk peralatan, minuman, dan pengangkutan pilihan raya. Berapa ratus juta pula yang dipakai untuk kempen, merasuah pengundi, dan sebagainya? Tiada siapa yang tahu.
Rakyat turut hairan dengan pandangan Mukhriz yang menghina UMNO. Dia kata UMNO sudah hilang hala tuju. Tidak pula diberitahu ke mana UMNO hendak pergi sekarang ini. Namun demikian, rakyat dapat menghidu kerja buat UMNO untuk servive. Rampas kuasa di Perak. Kini keadaannya bertambah serabut. Tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. Cubaan mengkucarkacirkan negeri yang diperintah oleh PR semakin menjadi-jadi. PRU 12 sudah hampir setahun berlalu. Politiking tidak juga selesai. Dalam keadaan ekonomi dunia yang terumbang-ambing, Menteri Kewangan tidak mampu menyatakan apa yang akan terjadi kepada ekonomi Malaysia, fokus pemimpin kerajaan hanya kepada bercakar-cakaran. Mungkin mereka mahu negara ini terlungkup.
Sepatutnya BN urus negara ini dengan baik. Itu tidak dilakukan. BN menganaktirikan Sabah. Pemimpin Sabah hanya melalak di Parlimen. Mereka tidak tahu guna kuasa atau takut hendak bertindak? Mungkin kedua-duanya sekali. Tak ada telurlah tu!!! Mampuslah rakyat kalau pemimpin macam ni.
Pemimpin-pemimpin Sarawak tidak banyak bercakap di parlimen. Mungkin mereka sudah selesa. Apa tidaknya kalau Taib Mahmud pakai Roll Royce dan menteri-menterinya pakai BMW 7 series.!!! Rakyat bagaimana? Bahagian-bahagian yang tiada hospital sejak dulu sudah adakah? Ke mana perginya peruntukan berbilion-bilion itu? Heboh satu Malaysia semasa peruntukan hendak diberi bagi menghalang MP Sabah dan Sarawak melompat ke PR.
Khir Toyo memang tidak cerdik. Dia hanya tahu salahkan pembangkang. Pemimpin UMNOlah yang sebenarnya mengiyakan mereka tidak mesra rakyat. Mengapa salahkan pembangkang? Pemimpin UMNO yang merendah-rendahkan kebolehan pembangkang mentadbir negeri. Tidakkah itu menunjukkan mereka sombong? UMNO/BN saja yang pandai, orang lain semua bodoh. Orang yang sombong sentiasa tunjuk lagak. Lantaran itu lupa tanggungjawab. Kepentingan rakyat diabaikan. Yang dipentingkan adalah mengekalkan kuasa.
Alangklah baiknya jika semua pihak buat kerja masing-masing. BN tadbirlah negara dengan baik. Jangan kacau kerajaan PR. Jangan huru-harakan mereka. Janganlah asyik bantai-membantai. Tak bolehkah?
Politik cari salah ti dak akan ke mana. Jika terus digunakan, UMNO/BN yang akan sengsara. Mereka lubuk rasuah. Semua rakyat tahu 900 aduan rasuah dibuat untuk pemilihan bahagian saja. Yang tidak dilapor mungkin dua tiga kali ganda banyaknya. Bolehkah imej buruk itu dikikis? Sama sekali tidak mungkin.
SPRM sekadar mengisytiharkan 45 kes tidak cukup bukti. SPRM hanya membicarakan ikan bilis. Itu pun heboh satu Malaysia. Tuduh SPRM melampau. Yang berlambak-lambak lagi bagaimana? Kes sogok RM300.00 kepada wartawan semasa PRK Kuala Terengganu tidak dikatahui statusnya, kes rasuah PM dan TPM yang dilapor Mazlan Harun entah ke mana perginya, dan kes rasuah eurocopter oleh Zahar juga tidak ketahuan. Semuanya terlepaskah? Ini bermakna UMNO akan dipimpin oleh perasuah selepas pemilihan Mac 2009 nanti. Habislah wang rakyat dikebas oleh perasuah-perasuah yang tidak berhati perut itu.
Jika demikian keadaannya, rakyat perlu berbuat sesuatu. Golongan yang serakah ini wajib dibanteras demi kesejahteraan majoriti rakyat. Sehubungan itu, rakyat wajib menguburkan UMNO/BN dalam peta politik Malaysia. Jangan tangguh-tangguh lagi!!!
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan