Melayu Itu Akan Pupus - Raja Dr. Nazrin Shah

Artikel Oleh Dr Fikrah

Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..

“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”

Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.

Sepertimana yang kita ketahui, Bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang bertamadun adalah dengan Agama Islam. Bahkan ia ditambah lagi dengan pengayaan Bahasa Melayu yang sangat intim dengan Bahasa Arab yang menjadi bahasa sumber Islam iaitu al Quran dan Sunnah. Pembelajaran al Quran dan Sunnah diterjemahkan dan dipraktikkan oleh Bangsa Melayu yang beragama Islam.

Begitu juga budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam sendiri, seperti dari sudut pemakaian, ketaatan dan sebagainya. Tetapi, hari ini, Bangsa Melayu dilihat semakin pupus kerana penolakan mereka terhadap Islam yang membentuk mereka menjadi sebuah bangsa yang betamadun.

Bangsa-bangsa di seluruh dunia itu menjadi mulia kerana Islam. Bukan kerana nama bangsa tersebut. Apakah yang terjadi sekiranya bangsa tersebut menolak Islam? Lihatlah, sejarah Negara Arab, bangsa Arab mulia kerana Islam. Sekiranya hari ini mereka menolak Islam, merekalah orang paling hina.

Begitu juga negara barat yang dilihat sebagai bangsa yang mulia, sedangkan mereka dimuliakan oleh manusia yang buta. Mana mungkin kepercayaan tiadanya Allah SWT adalah satu perkara yang mulia. Zina yang berleluasa juga, adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada mereka. Tetapi, di manakah Melayu hari ini?

Melayu akan menjadi satu bangsa yang hina sekiranya mereka menolak Islam. Bangsa Melayu akan pupus sekiranya mereka terus memuliakan barat. Hakikat hari ini, pemBARATan Melayu semakin berleluasa dan seorang Bapa Melayu dan Ibu Melayu berkemungkinan bercita-cita untuk melahirkan Anak Orang Putih!

Ingatlah, di antara tanda kesudahan alam (Kiamat) ialah orang kafir akan menjadi ikutan dan tauladan, walaupun mereka masuk ke lubang cacing sekalipun. Trend hari ini sudah pun diBARATkan oleh media massa, dan anak-anak Melayu berlumba-lumba mem”pelat”kan lidah masing-masing kononnya mereka berbahasa Inggeris.

Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :

“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau

bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”

Salam Perjuangan,
Dr Fikrah

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.