Pencapaian STAM 2008 pula merosot

PUTRAJAYA - Prestasi lebih baik calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 gagal diikuti oleh lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila peratusan yang cemerlang serta lulus (Magbul) merosot berbanding 2007.

Hasil keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom semalam mendapati, cuma 3,098 calon lulus dalam setiap mata pelajaran yang diambil berbanding 3,341 tahun lalu.

Bilangan calon yang lulus cemerlang (Mumtaz) dalam kesemua 10 mata pelajaran yang diambil turut menurun dengan hanya 562 calon sedangkan tahun lalu seramai 729 orang.

Alimuddin berkata, bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.

Beliau berkata, pencapaian cemerlang (Mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya' dan Mutala'ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.

Seramai 6,240 calon menduduki STAM 2008 di 92 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.