"Assalamualaikum,,..
Hari ini, sambutan maulud diadakan diseluruh negara oleh kerajaan UMNO/BN.Perarakan maulud di sana sini diketuai oleh Menteri, MP dan ADUN UMNO.Hebat sambutannya, seolah kelahiran baginda Nabi diingati sebagai peringatan kepada seluruh ajaran baginda.Seolah seluruh suruhan dan larangan baginda dipatuhi dan kecintaan yang mendalam kepada baginda Nabi bakal diterjemahkan dalam bentuk peningkatan penghayatan kepada setiap aspek kehidupan berdasarkan apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan sepertimana ditunjukkan oleh baginga.Sunnah baginda bakal dipertingkatkan pengamalannya dan setiap larangan pasti akan dijauhi sedapat mungkin.
Penghayatan sunnah seperti pernah disebut oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi ketika beliau menjadi imam masjid al fatah Kuantan, ialah melahirkan sebuah negara Islam, negara yang mengamalkan semua panduan yang ditinggalkan baginda dalam pentadbiran dan penguatkuasaan undang undang.Di samping itu dalam surah Al Imran ayat 104, Allah berfirman
"Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang orang yang beruntung"
Ayat di atas menjadi intipati penting kepada sunnah baginda kerana semua perkara kebaikan yang diseru dan mencegah kepada kemungkaran adalah suruhan dan ajaran utama baginda.Lantaran menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran tetap menjadi keutamaan dalam mengikuti sunnah baginda.Di hujung ayat tersebut juga ALLAH telah memberi jaminan bahawa golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah orang orang yang beruntung.Beruntung di sini secara umumnya bermaksud akan menerima segala janji kesenangan dan kemewahan di akhirah kelak dan sudah pasti inilah janji terbesar yang sepatutnya dicari oleh setiap mukmin.
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa tugas menyeru kebaikan mesti seiring dengan mencegah kemungkaran.Tidak bermakna menyeru kebaikan semata mata sedangkan kemungkaran dibiarkan berleluasan dalam masyarakat.Jadi pekej lengkap bagi seorang mukmin ialah melaksanakan kedua dua tugas ini serentak.
Untuk melaksanakan tugas ini dalam masyarakat yang besar,baginda telah menunjukkan kepada kita betapa negara diperlukan.Perlembagaan Madinah adalah bukti nyata kepada contoh yang ditinggalkan oleh baginda untuk kita ikuti.Oleh itu, sesuai dengan sambutan maulud hari ini,umat Islam seharusnya menyedari bahawa memegang kuasa pemerintahan adalah penting demi memastikan sunnah dilaksanakan dalam kehidupan kita.Maka benarlah kata Ustaz Nasaruddin Tantawi bahawa sunnah Nabi yang terbesar ialah melahirkan negara Islam.
Negara Islam mesti menjadi cita cita setiap mukmin.Negara Islam hanyalah satu istilah yang digunapakai hari ini.Kalau menurut panduan seperti mana pernah ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abd Aziz, negara Islam sebenarnya sebuah negara Sunnah di mana seluruh ajaran baginda diamalkan oleh pemerintah dan rakyat.Perkara ini juga seharusnya difahami oleh mukmin agar kita tidak keliru dengan berbagai bagai dakwaan seperti negara Islam tidak disebut oleh baginda nabi, demokrasi tidak pernah dijalankan dalam pemerintahan Islam dan sebagainya.Memahami makna sebenar negara Islam atau Negara Sunnah akan membolehkan kita melibatkan diri dalam arena politik semasa kearah merealisasikan negara Islam tersebut.
Berbalik kepada sambutan maulud nabi anjuran kerajaan hari ini, kita akan dapati sambutan yang dianjurkan tidak menepati matlamat sambutan kerana secara terang, sejak 50 tahun yang lalu UMNO menolak hudud, intipati penting dalam pematuhan sunnah dan intipati penting dalam penghayatan sambutan maulud.Di samping itu, peringatan dalam ayat 104 surah Ali Imran itu menyebut dengan jelas bahawa mencegah kemungkaran mesti seiring dengan menyeru kepada kebaikan, tetapi UMNO sejak 50 tahun yang lalu sering kali mengabaikan tugas mencegah kemungkaran malah sebaliknya, turut terlibat sama dengan kerja kerja menganjurkan kemungkaran.Tidak perlu disebut di sini kerja kerja mungkar yang telah banyak dilakukan oleh UMNO tetapi politik wang, rasuah dan kezaliman terhadap individu tertentu sudah cukup membuktikan bagaimana UMNO menjadi penganjur kemungkaran.
Dalam suasana kemungkaran yang dianjurkan inilah, UMNO turut terlibat dalam perarakan maulud, turut sama mengingati hari kelahiran baginda nabi, kelahiran yang digambarkan oleh surah jannah rawi Syeikh Jaafar Al barzangi penuh dengan barakah dan kemulian itu turut disambut dengan gembira oleh UMNO tetapi sesudah hari maulud berlalu, UMNO akan kembali melakukan kemungkaran yang diingatkan baginda supaya dicegah itu.Inilah yang dilakukan oleh UMNO sejak 50 tahun lalu dan tanda tanda semasa menunjukkan mereka akan terus melakukannya.Oleh itu menjadi tugas seorang mukmin yang sayangkan baginda untuk turut menghentikan perlakuan UMNO ini.
Oleh itu, tugas menghentikan sambutan maulud oleh UMNO ini juga turut menjadi tugas golongan yang ingin termasuk dalam golongan yang ALLAH firmankan dalam ayat 104 surah Ali Imran.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan