Oh Malaysiaku: Ada duit kau Rupanya

" Berita pada 10hb Mac tentang ulasan pembentangan bajet mini UMNO mengisytiharkan perunutkan RM60 bilion. Saya pernah bertanya kepada para pelajar saya , ”Yang mana satu yang kamu hendak: kerajaan yang kaya tetapi rakyatnya miskin atau kerajaan yang miskin tetapi rakyatnya kaya?” Terdapat beberapa kerat yang mahukan pilihan pertama, ada yang senyap dan ada yang berminat kepada pilihan yang kedua. Senario itu melambangkan corak pemikiran masyarakat yang pada dasarnya tidak maklum tentang ilmu politiko-ekonomi yang mana situasi ini telah,sedang dan akan dimanipulasikan oleh UMNO selagi mereka berkuasa.

Selama ini kita sering mendengar kerajaan BN/UMNO mengeluh dan mereka hanya akan melayani tuntutan pekerja (sektor awam khususnya) setelah mempertimbangkan kedudukan kewangan negara. Maknanya secara tersirat mesej mereka ialah kedudukan kewangan negara tidak kukuh. Golongan yang pertama di atas tadi mewakili rakyat yang sudah berjaya dirasuk pemikiran mereka oleh UMNO yang kebanyakkannya diwakili oleh ahli-ahli UMNO (jangan babitkan orang melayu dalam hal ini). Mereka rasa bersyukur dengan kemiskinan dan kepapaan mereka dan berbanga dengan kekayaan pemimpin-pemimpin mereka. Golongan kedua mewakili orang atas pagar dan yang ketiga ialah golongan yang berfkir, menggunakan minda secara terurus dan berfikiran objektif serta rasional.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hampir semua hasil semulajadi yang berharga yang wujud di dunia ni, seperti minyak, emas, bijih, uranium dan lain-lain semuanya terdapat di Malaysia. Negara Malaysia adalah antara negara paling kaya. Malangnya rakyatnya miskin malah ada yang papa kalau pun tidak kedana.



Projek lebuhraya tajaan UMNO/BN semuanya disertai dengan TOL. Alasan karut mereka ialah kerajaan kekurangan modal/peruntukan. Hampir semua perkhidmatan kerajaan sehingga borang khususnya dari Jabatan yang amat berkuasa dan ’samseng seperti polis memeras wang rakyat supaya membayar apa saja perkhidmatan yang rakyat perlukan. Rakyat perlu membayar RM26 sebulan untuk sewa telefon yang TELEKOM sendiri pun kurang pakar untuk menjelaskannya. SEMUA!!! Ya, SEMUA barangan dan transaksi dikenakan cukai aebanyak 5%. Cukai pintu, cukai pendapatan, cukai iklan, cukai jalan, cukai tanah, cukai setem dan bermacam-macam cukai lagi rakyat perlu bayar. Alasan UMNO/BN ialah kerajaan kekurangan peruntukan.



Tiba-tiba hari ini kerajaan ada wang. RM60 bilion selepas pakej ransangan pertama sebanyak RM7bilion diumumkan pada November 2008 yang lalu. Apabila ditanya wartawan dari manakah sumber kewangan diperolehi, PM DS Abdullah menjawab ianya dari sumber dalam kerajaan. Oh, Malaysia ku, ada duit kau rupa-rupanya. Malangnya walau berapa banyak pakej ransangan atau apa jua yang UMNO/BN buat, orang Melayu akan tetap kekal sebagai bangsa yang paling miskin.
"

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.