" Najib mempersenda pejuang-pejuang bahasa dan rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu dengan menuduh mereka "taksub" menentang penggunaan bahasa inggeris untuk matematik dan sains yang terbukti merugikan bangsa Melayu.
Rakyat faham bahawa UMNO berkeras mengekalkan bahasa tersebut sekalipun merugikan Melayu kerana projek-projek berkaitan telah diserahkan kepada kroni-kroni. Biar mati bahasa Melayu seperti terbunuhnya tulisan jawi dibawah UMNO asal UMNO kaya.
"Bharian, PUTRAJAYA, Dalam konteks negara Malaysia, penguasaan bahasa asing tidak seharusnya dilihat melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri," katanya ketika berucap pada pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin."
Marilah turun ramai-ramai menentang kebodohan UMNO yang tergamak menjual bahasa sendiri asalkan poket penuh. Jangankan bahasa, AGAMA ISLAM pun sanggup dijual oleh UMNO apabila selalu memburukkan syariah Islam.
Tiada bangsa maju di dunia yang maju dengan menggunakan bahasa lain!
Korea, Jepun dan negara maju lain semua menggunakan bahasa sendiri.
Kenapalah UMNO ni bengapp sangat.
Biar saya guna beberapa bahasa kutuk UMNO si penjual bahasa nih:
bahasa Melayu: UMNO memang b@doh.
english : UMNO is stupid.
bahasa cina: UMNO hen pen.
bahasa Arab: UMNO balidun!
bahasa Kenya: UMNO, we we um jinga!
Mari semua turun menunjukkan penentangan terhadap dasar UMNO yang merosakkan anak Melayu. Anak Melayu kampung dan orang Bumiputra paling terjejas dengan penggunaan bahasa inggeris untuk sains dan matematik ini. Kasihan budak-budak kampung!
Turun ramai-ramai, bawa kamera dan tangkap gambar sekali.
50 tahun dari sekarang, cucu anda mungkin berkata: "Datuk/Nenek aku dulu turun padang berdemontrasi membela nasib anak Melayu dan bangsa Melayu. Ini gambarnya"..
Kata pepatah Melayu: BIAR MATI BERKALANG TANAH, DARI HIDUP BERCERMIN BANGKAI!
Hidup biar berani.. Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan