Isu Perpaduan Melayu ; Isu Lapuk Tajaan UMNO


" UMNO tetap dengan agendanya yang tidak akan padam selagi mana UMNO itu masih ada lagi di dunia ini. UMNO yang matlamatnya untuk memperjuangkan Melayu tetap akan menjadikan Melayu sebagai bahan utama untuk menarik sokongan daripada orang Melayu walaupun mereka juga sedar bahawa orang Melayu semakin ramai meninggalkan perjuangan kabur mereka.

Walaupun tindakan UMNO telah menyebabkan Bahasa Melayu semakin pupus, tanah Melayu semakin terhakis, bangsa Melayu semakin terpinggir dan kuasa Melayu semakin hilang namun modal utamanya tentulah dicanang-canangkan kepada orang Melayu terutamanya yang berada di kampung dan kawasan pedalaman iaitu UMNO memperjuangkan masa depan Melayu.

PPSMI sebagai bukti utama bahawa UMNO sedang giat untuk menghapuskan Melayu. Hishamuddin Hussien, Calon Naib Presiden UMNO sendiri yang memperakui bahawa tidak ada orang UMNO yang terlibat dalam perhimpunan membantah perlaksanaan PPSMI pada 7 Mac 2009 yang lalu. Apa salahnya mereka turut sama berhimpun di Masjid Negara yang mana kawasan tersebut telah dibenarkan untuk menjadi ‘perhimpunan halal’ GMP kalau pun tidak mahu terlibat dalam perarakan ke istana Negera?

Akhirnya, timbul lagi isu perpaduan Melayu. Semua parti politik yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu diajak duduk semeja berunding tentang masa depan Melayu bersama-sama. Tetapi perlukah perbincangan ini diadakan sedangkan ia sebenarnya agenda lapuk UMNO untuk kembali bertakhta di hati orang Melayu?

Sebab itulah UMNO semakin ditinggalkan oleh orang Melayu. Hanya akan memikirkan tentang Melayu apabila sudah tersepit dan menderita.

Bagi saya, ada baiknya pada ketika ini kita fikirkan dan bincangkan tenang perpaduan semua kaum dan agama. Memikirkan tentang satu-satu kaum tidak akan mendatangkan banyak kebaikan selagi mana kita masih lagi meletakkan perpaduan untuk semua sebagai agenda utama. Kita hidup dalam satu negara yang berbilang agama dan kaum.

Sebab itu saya cukup yakin dengan PAS yang berjuang untuk menegakkan keadilan kepada semua. Slogan “PAS For All” yang sekarang ini sudah menjadi sebutan di kalangan rakyat sudah dapat mendekati rakyat semua kaum. PAS bukan lagi dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam tetapi dengan kehadiran orang bukan Islam sebagai ahli Kelab Penyokong PAS membuka ruang kepada PAS untuk terus mendekati masyarakat.

Perjuangan UMNO adalah perjuangan Melayu. Apabila orang Melayu sudah tidak dapat lagi menerima perjuangan UMNO bermakna UMNO semakin terpinggir dan akan pupus di telan zaman.
SAY “NO” TO UMNO!!!

Khairul Faizi Ahmad Kamil
http://minda-kembara.com/


-----------------------------------------------

Rabu Mac 11, 2009 - mStar Online
Dialog perpaduan: Umno-PAS-PKR berbeza pendapat

PETALING JAYA: Cadangan supaya pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) duduk semeja dan berdialog bagi menyelesaikan isu yang membabitkan kaum Melayu mengundang pelbagai reaksi dan pandangan berbeza pemimpin parti-parti berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan untuk mengadakan dialog secara terbuka mengenai isu perpaduan Melayu tidak perlu diadakan kerana perkara itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

”Kita tak perlu nak berdialog kerana lagi banyak dialog, lagi banyak masalah yang akan timbul.

”Objektif nak selesaikan masalah tidak akan berjaya kerana kemungkinan ia akan di ekploitasi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun jelas Zahid, beliau tidak menolak untuk diadakan perbincangan secara tidak formal dengan pemimpin parti-parti politik untuk menyelasaikan isu perpaduan.

”Adalah tidak mustahil untuk kita berbincang secara tidak formal dengan pemimpin parti lain.

”Saya juga biasa lakukannya apabila berjumpa dan berbincang dengan mereka di Parlimen, dan hasilnya kita tahu bahawa mereka juga mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan dan perpaduan,” katanya.

Tambah Zahid, walau apa jua medium yang diguna pakai bagi menyelesaikan isu perpaduan kaum, jika semua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan rakyat, tidak musatahil hasrat itu akan tercapai.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, tema Wahdah Pemangkin Khaira Ummah menjadi aspek penting yang dititikberatkan bersesuaian dengan hasrat untuk melihat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kata beliau.

”Wahdah itu bermaksud kesatuan, jadi saya fikir melalui agama kita sudah pasti dapat menyebarkan mesej-mesej perpaduan supaya kita hidup dalam keadaan aman damai.

”Harus diingat perpaduan yang diunjurkan dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada umat Islam semata-mata, tetapi juga untuk kesejahteraan seluruh bangsa walaupun berbeza fahaman agama,” katanya.

Sabtu lalu Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) mengemukakan syor agar satu perbincangan di kalangan pemimpin tertinggi parti-parti politik Melayu termasuk mewakili pembangkang diadakan terutamanya susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu bersatu.

Sementara itu Setiuasaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sememangnya menyambut baik cadangan supaya diadakan majlis-majlis dialog bagi membincangkan isu-isu perpaduan di kalangan rakyat.

”Majlis dialog untuk perpaduan itu baik, tapi bagi saya adalah lebih baik jika ia diadakan tanpa memfokuskan kepada perpaduan kaum-kaum tetentu sahaja.

”Eloklah dilibatkan semua kaum dan semua parti politik kerana isu perpaduan bukan timbul di kalangan orang Melayu sahaja,” katanya.

Tambah beliau, untuk mencapai perpaduan dalam sesebuah negara, semua pihak harus bekerjasama dan bersatu-padu agar rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera.

”Seluruh rakyat tak kira bangsa atau agama apa sekalipun, kita kena libatkan demi mencapai persepakatan untuk tujuan perpaduan,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali pula berpendapat untuk memastikan agenda perpaduan terlaksana, perbincangan yang melibatkan satu kaum sudah tidak relevan untuk dilaksanakan.

”Kalau betul-betul kesatuan itu mahukan perpaduan wujud dalam negara kita, sepatutnya mereka mencadangkan agar diadakan satu perbincangan yang menyeluruh melibatkan semua kaum.

”Rakyat kita berbilang bangsa, jadi mereka juga harus terlibat sama bagi menentukan agenda perpaduan,” katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan benar-benar prihatin untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini, sebarang usaha yang ingin dilakukan tidak harus memihak kepada satu kaum sahaja.


"


Artikel Hari Ini



TV3 sorok fakta sebenar Pelajar Terbaik Negara!

Enam didakwa menghina Sultan Perak

UMNO pembunuh bahasa melayu

Panggillah USTAZ hanya kepada 'ustaz'

PPSMI: Semua disebabkan RM

BUKIT GANTANG : TAKTIKAL BERMULA

Gempar-Rintihan Kakitangan UDM

Hakim Pelik berjaya sambung kontrak. Syabas!!

Menteri Pelajaran sepatutnya ulas begini..

Bantulah mencari anak kecil ini

[ Artikel seterusnya.. ]



Login


Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.



Related Links

· More about Komentar
· News by TokBatin
Most read story about Komentar:

Gambar Bogel Exco Selangor

Penduduk Bukit Antarabangsa antara bangsa "Sombong dan lupa atau terlupa&qu

Tewas kawasan Tionghua menang besar kawasan Melayu

Akhirnya PM terpaksa "cuci najis" timbalannya....

Najib: Mereka akan 'membayar harganya'! (TERJEMAHAN: nantikan C4)



Article Rating


Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad




Options


Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.