Susulan PKFZ: Wan Azizah gesa rakyat tolak BN ‘cuai’

March 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat “bangkit menolak pemimpin-pemimpin cuai” pada pilihan raya umum ke-13 ekoran pendakwaan ke atas bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu bekas perdana menteri berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Oleh itu tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sistem pentadbiran yang mengetepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.
“Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Isnin lalu, Chan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Chan merupakan bekas menteri pengangkutan kedua didakwa di mahkamah berhubung isu yang sama.
Dr Wan Azizah berkata menerajui sebuah kerajaan yang adil dan mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. 
Sehubungan itu kata beliau, pilihan raya umum ke-13 adalah peluang  terbaik dan nampaknya semakin hampir. 
“Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.
“Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini,” katanya.
Dr Wan Azizah menambah isu itu bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan Kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kebanyakan dari mereka yang “tertipu” masih berkuasa termasuk perdana menteri dan timbalannya sekarang.
Kata beliau rakyat tidak wajar membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat  ini menerajui negera. 
“Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.
“Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.