Obama: Gaddafi perlu ‘lepas jawatan sekarang’

February 27, 2011
WASHINGTON, 27 Feb — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengadakan perbualan dengan Canselor Jerman Angela Merkel semalam mahu pemimpin Libya Muammar Gaddafi melepaskan jawatannya dengan segera — “sekarang”.
“Presiden telah menegaskan perkara ini apabila seorang pemimpin hanya mahu kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya sendiri, dia sudah hilang legitimasi untuk memerintah dan perlu melakukan yang terbaik bagi negaranya dengan melepaskan jawatannya sekarang,” kata White House dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini mengenai perbualan Merkel dan Obama.
Ia juga berkata Obama (gambar) dan Merkel mengulangi sokongan mereka kepada rakyat Libya dan bersetuju bahawa “Muammar mesti ditanggungjawabkan kepada apa yang terjadi” setakat ini.
Dalam pada itu, bekas menteri kehakiman Libya Mustafa Mohamed Abud Ajleil mengumumkan beliau akan mengetuai sebuah kerajaan sementara yang berpangkalan di bandar raya Benghazi.
Menurut edisi online akhbar Quryna, Mustafa menegaskan bahawa Muammar “sendiri” perlu bertanggungjawab ke atas jenayah di negaranya.
“Mustafa menggesa diadakan perpaduan di wilayah tempat lahirnya dan Libya sudah bebas dan ibu negaranya ialah Tripoli,” lapor Quryna memetik Mustafa. — Reuters

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.