Dato' Tuan Gesa "Adnan Jawab Isu" Kepincangan Pentadbiran Serta Pengurusan Kewangan Seperti Yang Telah Di Dedahkan Oleh Ketua Audit Negara

KERDAU, 2 Mac [3.2o pm] - Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini berkata Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob harus menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau ini iaitu yang berkaitan dengan kepincangan pentadbiran dan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Pahang seperti yang telah didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2009. "Adnan mengatakan kita tiada isu untuk dibangkitkan, sedangkan prestasi buruk UMNO memimpin kerajaan negeri seperti yang didedahkan oleh Ketua Audti Negara itu adalah isu besar yang sepatutnya dijawab oleh Adnan. Bukannya dengan memberi helah dan alasan yang remeh temeh bagi menggelakkan isu sebenarnya yang perlu diketahui oleh rakyat", katanya ketika mengadakan sidang media di Markas Induk PAS dekat sini. "Meneliti laporan-laporan media BN hari ini, kami dapati BN khususnya Menteri Besar gagal menjawab pembongkaran yang telah kami dedahkan sejak bermula hari kempen. Laporan prestasi buruk tentang pengurusan kerajaan negeri masih belum terjawab," katanya. Dato, Tuan juga menegaskan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pernah digemparkan dengan kes saman sebanyak RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM). "Terkini rakyat Pahang digegarkan pula oleh dua lagi kes saman daripada dua syarikat bernilai lebih RM200 juta. Syarikat tersebut ialah Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd yang masing-masing bernilai RM209 juta dan RM24 juta juga melibatkan kes pembalakan", katanya.

[Berdasarkan kepada sumber dokumen yang berkenaan, kedua-dua syarikat terbabit telah menyaman kerajaan negeri kerana mengingkari janji. Turut disaman ialah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Menurut fakta kes, Spag’n telah membuat satu cadangan Projek Ladang Hutan di atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar yang terletak di Mukim Penyor, Daerah Pekan dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Jun 1999. Melihat bukti dan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara itu, sememangnya sungguh memalukan kerana banyak penyelewengan dan ketirisan yang berlaku tanpa ada kawalan. Malahan, banyak hasil ekonomi kerajaan negeri mengalir kepada orang lain tanpa dapat disekat dengan sewajarnya oleh MB Pahang itu. Tambahan pula jika libatkan proksi atau pun kroninya].

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.