Anwar: Pemeriksaan doktor aibkan, bahagian sulit diukur

March 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dipaksa oleh polis agar menjalani pemeriksaan perubatan yang cukup mengaibkan ketika ditahan satu malam pada 16-17 Julai 2008.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata polis telah membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8 malam, 16 Julai untuk pemeriksaan perubatan oleh dua pakar iaitu Dr Jayaindran Sinadorai dan Dr Ee Boon Leong.
Anwar (gambar) mendakwa pemeriksaan itu satu pengalaman mengaibkan kerana diminta menanggalkan pakaian dan bahagian-bahagian sulitnya diukur.
“Selepas bahagian atas saya diperiksa, mereka minta saya menanggalkan pakaian, untuk mengukur bahagian sulit,” kata beliau dengan merujuk kepada pemeriksaan ke atas zakar dan dubur.
“Tiada alat dimasukkan kerana saya tidak bersetuju dengan tindakan itu,” kata Anwar.
Ahli politik berusia 63 tahun itu berkata, kedua-dua doktor it memaklumkannya bahawa mereka mahukan sampel DNA dan juga mahu mengambil sampel badan dan rambut daripadanya.
Anwar juga menjawab soalan-soalan berkaitan dengan “tuduhan liwat.”
Malah Anwar berkata beliau juga enggan memberikan hospital sebarang sampel atas nasihat peguam-peguamnya.
“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya ada bukti sampel dicuri dari HKL pada 1998,” kata Anwar yang merujuk kepada kes liwat pertama.
Ketike memberi keterangan semasa perbicaraan dalam perbicaraan hari ini, Anwar juga mendakwa tidak diberitahu alasan beliau ditahan pada 16 Julai 2008 oleh polis yang bersenjatakan semi automatik di tengah jalan semasa ke rumahnya di Segambut dari Putrajaya.
Beliau berkata peguamnya Sankara Nair dan pegawai penyiasat telah mengaturkan untuk beliau hadir di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Sankara, yang turut memberikan keterangan hari ini berkata, Anwar telah menghadiri sesi pertemuan dengan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), kini SPRM, pada sebelah pagi berhubung dakwaan berkaitan dengan insiden mata lebam 1998.
Anwar berkata beliau menuju ke rumahnya dari pejabat BPR di Putrajaya untuk menyegarkan diri tetapi diserbu oleh beberapa kereta polis yang tidak berlambang dan komando yang bersenjatakan separa automatik.
Anwar mempertahankan bahawa sepanjang masa beliau ditahan dan dibebaskan tidak langsung diberitahu mengenai sebab ditahan.
“Hanya selepas saya pergi ke bilik mesyuarat, Jude merujuk kepada tuduhan (yang dikenakan). Tetapi alasan ditahan tidak diberikan.
“Jude berkata ditahan di bawah 112, tetapi tiada alasan tahanan diberikan,” kata Anwar di mahkamah hari ini.
Sankara, yang hadir ketika ditahan juga senada dengan Anwar.
“Pegawai polis tidak memberikan alasan ditahan,” kata peguam itu yang tetap mempertahankan pendiriannya meskipun ditanya berkali-kali oleh ketua pendakwa raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.