Tunjuk perasaan lagi di kedutaan Malaysia di Jakarta


Tue, Sep 7, 2010
JAKARTA:  Beberapa penunjuk perasaan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.
Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota
kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan  lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus
memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan
sambil mengibarkan bendera Indonesia.
Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.
Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera Merah Putih yang panjang  di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian  meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.
Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.
Ini kejadian kedua membabitkan anggota LMP – kali pertama  pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia  dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.
Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia  hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian  Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.