Oleh: amkns
"Harian Metro 7 Sep 2010 . KUCHING: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib dilalui seorang ibu tunggal yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk membesarkan tiga anaknya selepas suami tercinta meninggal dunia akibat barah hati, tiga tahun lalu.
Rosmah Sija, 41, membesarkan tiga anaknya Fasillah Mathew, 17, dan Liza, 15, serta seorang anak lelaki berusia tiga tahun dengan mengambil upah sebagai pembantu kedai makan untuk RM10 sehari.
Bagi empat beranak itu, satu-satunya harta berharga yang tinggal adalah pondok usang yang menjadi tempat mereka berlindung di Kampung Garung, Jalan Puncak Borneo, kira-kira 40 kilometer dari sini.
“Kehidupan kami sekeluarga sukar selepas pemergian suami sehingga saya tidak mampu menghantar anak ke sekolah. Anak sulung saya terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjaga adiknya memandangkan saya keluar bekerja.
“Itulah pilihan yang kami ada walaupun dia memang mahu menyambung pelajaran. Jika tidak, bagaimanapun kami mahu mencari sesuap nasi,” katanya sambil mengesat air mata. Katanya, upah RM10 sehari tidak mencukupi memandangkan harga barang semakin meningkat, jadi dia dan anaknya menanam sayur serta buah bagi mencari pendapatan sampingan.
“Kami menanam sayur dan pisang di belakang rumah, sekurang-kurangnya itu meringankan beban kami,” katanya. Kehidupan keluarga itu bertambah perit apabila Rosmah disahkan menghidap kanser payu dara tahun lalu dan pembedahan pertama dilakukan Mac lalu.
“Saya perlu menjalani ujian ultra bunyi hujung bulan ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sudah tentu itu memerlukan perbelanjaan besar termasuk kos pengangkutan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taksekolahkeranamiskin/Article
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan