Perkasakan Pendidikan, Perkasakan Juga Pendidikan Islam

Perkasakan pendidikan
Oleh Muller Asen

dipetik dari Borneo Post Online

Kaedah dan bahan pengajaran, pembelajaran kreatif serta menarik mampu percepat pembelajaran dan mudahkan pemahaman: Taib

KUCHING: Para pelajar mesti berpandangan ke hadapan bagi menempuhi realiti baru pembangunan dan kemajuan dengan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Justeru, katanya sistem pendidikan sedia ada perlu diperkasakan dengan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan menarik.

Taib menjelas lanjut, menerusi pendekatan pengajaran sedemikian, ia mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan memudahkan pemahaman khususnya bagi pelajar di kawasan luar bandar.

Pada masa sekarang juga katanya para pelajar sangat dibebani dengan bahan pengajaran yang banyak malah lebih berat lagi.

“Bagi mempercepatkan proses pembelajaran anak-anak, kita mestilah mencari jalan bagaimana maklumat pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih mudah dan menarik untuk menyampaikan pengertian maklumat dengan semudah-mudahnya.

“Misalnya, ketika saya masih muda, saya tidak mempunyai pilihan iaitu terpaksa membaca buku terutamanya ketika ingin mempelajari ilmu astronomi.

“Ia bukan mudah kerana saya terpaksa membayangkan bagaimana bentuk sebenar angkasa.

“Tetapi sekarang kita mempunyai rancangan seperti ‘Discovery Channel’ dan ‘National Geographic’ yang menayangkan ilmu tentang astronomi.

“Ini merupakan salah satu cara yang mudah kita mempelajari bidang itu dengan hanya menonton televisyen,” katanya ketika berucap dalam Forum Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam Sarawak di sini petang semalam.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ke-tua Menteri Datin Fatimah Abdullah, Timbalan Setiau-saha Kerajaan Negeri Datuk Morshidi Abdul Ghani dan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.

Forum itu diakan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk membincang secara serius isu-isu semasa berhubung hal-hal pendidikan peringkat pengajian tinggi, perubahan semasa serta tuntutan sosiobudaya, politik dan ekonomi masyarakat Islam Sarawak.

Pada masa sama, Taib memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan perkhidmatan internet di- sediakan di semua sekolah di pedalaman.

Katanya, usaha itu merupakan antara hasrat kerajaan negeri untuk merapatkan jurang digital antara pelajar luar bandar dan bandar.

“Kalau kita hendak terus maju dengan mencapai ke-majuan, kita tidak boleh berhenti daripada menuntut ilmu pengetahuan.

“Kita (kerajaan) mahu melihat pelajar di kawasan luar bandar memahami dan me-nerap ilmu pengetahuan baru yang disampaikan,” tambah Taib sambil melahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran yang turut berusaha mempertingkatkan kemudahan serta perkhidmatan internet di sekolah luar bandar negeri ini.

Taib yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber berkata Sarawak memerlukan generasi pelapis yang penuh dengan ilmu pengetahuan bagi memacu pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam beberapa tahun akan datang.

“Sarawak amat bergantung kepada pelajar generasi sekarang yang berupaya menyerap dan memahami ilmu yang lebih komplikated dalam memenuhi tenaga kerja dalam pelbagai industri yang ditawarkan SCORE,” katanya.

Bercakap selepas forum itu, Taib meminta para graduan tempatan menguasai bahasa Inggeris supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja antarabangsa.

Taib turut memberitahu bahasa Inggeris merupakan bahasa dunia yang perlu di-kuasai bagi meningkatkan kemampuan memperolehi kerjaya di peringkat luar negara.

“Graduan perlu memiliki kedalaman bahasa itu jika ingin menambah nilai potensi diri dalam mencari pekerjaan di negara asing,” ujarnya.

Taib menambah kata, pemansuhan pengajaran mate-matik dan sains dalam bahasa Inggeris menjelang 2012 tidak sepatutnya dijadikan kontroversi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan kemampuan graduan tempatan untuk bersaing di pe-ringkat global adalah sangat tipis berbanding graduan luar negara.

--------------------------------------------------------------

Ulasan Penerangan: Sebagai suatu cadangan, mungkin Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak boleh memikirkan peranannya dalam membentuk golongan yang boleh menjadi ulama', mufti, ustaz-ustaz dan sebagainya sebagai langkah untuk menguatkan lagi syiar Islam di Sarawak ini, berbanding hanya berhasrat untuk memajukan rakyat di dalam bidang profesional seperti sains dan sebagainya.

Semoga Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN '09) yang diadakan oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) baru-baru ini mampu mengubah situasi pembelajaran Pendidikan Islam yang konvensional sebelum ini, agar Pendidikan Islam lebih dihayati berbanding hanya menjadi salah satu subjek hafalan untuk menambah bilangan A di dalam slip keputusan peperiksaan. Semoga manfaatnya turut terasa di Sarawak Bumi Bertuah ini.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.