Oleh Jebat Sarawak
Tidak sah rasanya dalam situasi politik sekarang ni andaikata pengikut politik tidak membicarakan soal Kerajaan Perpaduan umNO-PAS ini. Isu ni semakin menjadi panas, panas dan semakin panas. Kalau bukan kerana melibatkan umNO pastinya isu ni tidak mempunyai apa-apa maknanya pun. Tapi kerana yang terlibat dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah umNO maka ianya perlu dipanas-panaskan lagi
Nah! Sekarang ni apa yang berlaku pada PAS ? Berpadukah atau bercelaru ? Tidak siapa yang mempu mentafsir perkara ini dengan jelas.
Namun jika mahu memberi persepsi atau gambaran, jelas kepada kita bahawa PAS sekarang ni sedang bergolak. Mungkin sesetengah pihak sanggup mengatakan bahawa PAS kini sedang mengalami proses perpecahan.
Percanggahan pendapat cuba ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai perpecahan dalam pimpinan PAS. Yang jelas siapa yang galak memainkan isu ini ?
Jawapannya mudah sahaja. Pemimpin-pemimpin umNO, Media-media umNO, penulis-penulis umNO dan penyokong-penyokong umNO. Tidak lupa juga musuh dalam selimut PAS sendiri.
Golongan-golongan ini mudah dikenali dengan melihat kepada kenyataan, tayangan serta tulisan di arus media kini. Samada media arus perdana ataupun media alternatif melalui capaian intenet sekarang ni. Dan semestinya golongan yang semakin bersemangat untuk terus memperkatakan isu ni adalah pemimpin-pemimpin umNO. Ya pemimpin-pemimpin umNO berhak untuk membicarakan terus isu ni kerana ia melibatkan umNO secara langsung. Mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan perkara ini.
Kini rakyat disajikan dan ditayangkan dengan dua fenomena yang berbeza antara PAS dan umNO dalam membicarakan soal ini. PAS dilihat semakin bertahan manakala umNO semakin galak menyerang. Melihat kepada perkembangan politik mutakhir nampaknya inilah satu-satunya peluang untuk umNO memenangi perjuangan melawan PAS atau signifikannya melawan Pakatan Rakyat.
Peluang kemenangan ni nampak begitu cerah untuk umNO sehingga mereka kini semakin berani membicarakan soal kerajaan Perpaduan ini. Manakala di pihak PAS pula terpaksa berhempas pulas mempertahankan pendirian mereka sehingga seakan nampak pasti ada korban di pihak PAS. Kalau tak terkorban pun pasti ada pemimpin PAS yang akan cedera. Cuma rakyat hanya mampu untuk melihat isu ini.
Dan apa yang jelas kepada rakyat dan pemimpin-pemimpin PAS adalah sikap sebenar yang ada pada umNO. Bagaimanapun umNO cuba berselindung di sebalik isu ini, identiti dan niat serta halatuju perjuangan umNO terhadap PAS ni akan nampak juga. Ya bagi mereka yang mengenali umNO ni tidak susah mentafsir niat umNO ni. Nampak, cuba tengok betul-betul. Pasti nampak. Kalau tak nampak maka tulisan ini akan cuba sedaya mungkin cuba menampakkan niat umNO itu.
Melihat situasi yang timbul di dalam pimpinan PAS hari ini kelihatannya umNO semakin ikhlas dengan niat mereka Ya memang mereka katakan niat mereka ikhlas tapi benarkan begitu ? Di mana keikhlasannya?Satu perkara pelik tentang keikhlasan umNO dalam Kerajaan Perpaduan ni.
Semakin umNO menampakkan keikhlasannya semakin teruk PAS jadinya. Semakin umNO memperbesar-besarkan isu ni semakin parah PAS dibuatnya. Semakin pemimpin umNO dekat kepada pemimpin-pemimpin PAS semakin jauh jadinya persaudaraan PAS ni.
Di pihak umNO pula semakin PAS mendiamkan diri semakin rancak mereka bercakap isu ini. Semakin PAS nampak bercelaru semakin galak mereka memainkan isu ini. Semakin PAS terseksa semakin hebat mereka menekankan isu ni. Apa yang ditunjukkan atau dimahukan oleh umNO, PAS semakin terdesak, tersesak dan tidak mustahil akhirnya nazak seperti mereka juga. Pelikkan ?
Bagaimana pula ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa umNO ni rakan penyelamat mereka ? Apakah ini sikap yang dikatakan rakan, sahabat atau teman ? Tak tahulah pulak, cuba fikir-fikirkanlah.
Yang peliknya juga kenapa keikhlasan dan kebaikan yang umNO war-warkan dalam isu ini semakin menjejaskan populariti dan keyakinan rakyat pada PAS. Kenapa kebaikan umNO ni seakan membawa musibah kepada PAS ? Ya kini seakan-akan PAS nampak berpuak-puak pula jadinya. Kebaikan yang cuba dilakukan oleh umNO ni mendatangkan keburukan kepada PAS pulak.
Kalau gabungan PAS dengan PKR dan DAP selama ni semakin menguatkan dan mengukuhkan kedudukan PAS, mengapa pula begini jadinya nilai perpaduan PAS dengan umNO. Rasa-rasanya belum ada pemimpin PKR dan DAP yang terdesak dengan isu ni. Yang nampak terdesak sekarang ni adalah PAS. Dulu tanpa isu ni PAS nampak begitu elegan sekali. Wajah pemikiran pemimpin-pemimpin PAS begitu rasional sekali. Tapi bila bab cuba Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni nampak yang sehati sejiwa pemikiran PAS ni berbeza-beza pulak. Adakah perkara baik seperti ini seakan-akan menimbulkan malapetaka buat PAS. Sedangkan rakan mereka tadi umNO nampak semakin baik dan bertenaga pula.
Ni lah yang menggambarkan sebenarnya niat umNO mahu membesarkan isu Kerajaan Perpaduan ni. umNO dah lama tahu bahawa inilah senjata yang cukup ampuh untuk mereka menjahanamkan PAS. Dan segalanya nampak terserlah kini. Yang jelas niat baik umNO untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan ni akan menghancurkan PAS. PAS akan rugi manakala umNO akan untung. PAS akan binasa umNO akan perkasa.
Dengan kata lain tidak ada niat ikhlas yang ada pada hati jiwa umNO ni untuk berpadu dengan PAS. Yang ada hanyalah niat untuk menghancurkan PAS. Bila PAS hancur maka kuasa umNO kembali kuat. Apa yang ditunjukkan dalam Kerajaan Perpaduan ni seolah-olah, PAS seumpama sepohon durian yang lebat buah serta rendang pohonnya cuba menanam pokok Ara umNO di pohon mereka. Pokok Ara akan tumbuh subur merimbun dengan akar besar membelit manakala pokok durian akan mati kekeringan.
Rasa-rasanya belum tertafsir dalam nilai persahabatan yang dikatakan baik itu membawa keburukan kepada mana-mana pihak melainkan ada niat busuk disebaliknya. Kerana perkara baik jika dilakukan dengan niat yang tidak baik maka buruk jadinya. Kenapa pengabungan PAS dengan PKR dan DAP menciptakan perpaduan yang begitu kukuh dan utuh sekali. Kebaikan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat ni begitu mendatangkan faedah dan manfaat besar sekali kepada PAS. Tapi perpaduan umNO-PAS ni membawa kemudaratan kepada PAS ? Tak masuk akal kebaikan yang umNO lagukan dalam Kerajaan Perpaduan ini menimbulkan keburukan pada PAS seperti waktu ini. Pasti ada niat buruk disebalik Kerajaan Perpaduan ni !
Kepada mana-mana pihak yang terus menyokong usaha ni pasti nampak niatnya. Yang menyokong dalam isu ni semuanya adalah kroni-kroni umNO yang selama ini telah ditarbiyahkan oleh umNO bahawa PAS adalah musuh umNO. Kekuatan PAS adalah malapetaka besar buat umNO. Justeru itu jika mereka mahu umNO terus hidup maka mereka haruslah menghancurkan seterusnya menjahanankan PAS. Buatlah apa saja demi sasaran ini. Kalau sebelum ni melalui cara by hook or by crook semakin berjaya menguatkan PAS kini cara lebih efisen lagi digunakan.
Dalam istilah perjuangan pernah menyatakan ; Sekiranya kamu tidak mampu mengalahkan musuh kamu dengan cara berlawan dengan mereka maka hendaklah kamu menggunakan cara berbaik-baik dengan mereka. Nescaya kamu akan mampu menggalahkan musuh kamu itu.
Kepada seluruh organisasi PAS sedarlah, insaflah bahawa sesungguhnya umNO itu adalah musuh kamu yang nyata. Perkuatkanlah saf-saf perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin kamu dalam menentang umNO ni agar segala tentera bawahan kamu yakin bahawa PAS adalah Pembela Bangsa dan Negara.
Perpaduan PAS adalah atas dasar Agama Islam bukannya atas prinsip perjuangan parti. Renungkanlah dan lihatlah bagaimana lagaknya pemimpin-pemimpin umNO membicarakan isu ni pada arus perdana. Mereka kini tersenyum megah bila menyebut Kerajaan Perpaduan ni di media umNO. Wajah pemimpin-pemimpin umNO begitu berseri-seri bersolekkan Kerajaan Perpaduan ni. Sedangkan di pihak PAS waktu ini pemimpin-pemimpin PAS kesakitan menanggung derita. Anak-anak kebinggungan melihat kesakitan ayah mereka.
Bangkitlah PAS dengan segera kerana Manek Urai sedang menunggu kamu. Maruah PAS lebih penting dan cukup berharga buat rakyat di Manek Urai. Rakyat Malaysia sedang menungghu reputasi PAS di Manek Urai. Sejarah-sejarah kegemilangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam setiap PRK di Semenanjung menunjukkan betapa kukuh dan teguhnya gabungan PAS dan Pakatan Rakyat. Aura kekuatan ni semakin terasa bayunya di Sabah dan Sarawak.
Justeru itu musnahkanlah segala jerat yang terpasang oleh umNO ni. Jika terjerat sekalipun waktu ini maka kumpulkan segala kekuatan dan tenaga PAS secara keseluruhannya dengan niat perjuangan suci PAS, tarik nafas panjang-panjang, sentakkan jerat itu biar terputus dari ikatan. Biarlah sakit asal jangan mati.
Rakan-rakan doktor dari PKR dan DAP sedia mengubati. Merekalah rakan dan teman sejati untuk mengukuhkan perjuangan PAS. Yakin dan percayalah bahawa dengan niat para penyokong ikhlas yang berada di segenap tempat merentasi warna kulit dan bangsa maka PAS akan akan mampu pulih dari kecederaan ini.
Yang penting.......kuburkan Kerajaan Perpaduan dengan umNO ni di Manek Urai. Buktikan dan tegaskan kepada rakyat bahawa PAS adalah satu-satu pilihan bangsa melayu yang benar-benar membela dan menjaga hak mereka. Tidak akan ada istilah Kerajaan Perpaduan PAS-umNO. Jika melayu benar-benar ikhlas membela hak dan bangsa Melayu maka PAS adalah pilihannya. Ini kerana PAS adalah parti yang lebih komplit daripada umNO. Bezanya hanya satu umNO masih berkuasa dan kuasa PAS tidak diiktiraf oleh umNO.
Insya Allah jika kuasa PAS diiktiraf oleh rakyat maka PAS akan membuktikan bahawa dasar perjuangan PAS mampu mengangkat dan memartabatkan bangsa melayu dan Islam itu ke tahap yang lebih gemilang.
Ayuh! Buktikan ketelusan dan kehebatan PAS kepada rakyat. Allahhu Akbar, Allahhu Akbar, Allahhu Akbar.
sumber: detikdaily
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan