Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang PRK Sibu

 Posted by pas-miri


12 Apr,Kuching :Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak meyakini Pakatan Rakyat (PR) pasti meletakan calon tunggal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang disertai bersama DAP dan PKR.



Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, peristiwa pertembungan sesama sendiri antara komponen PR sebelum ini bukan hanya memecahkan undi penyokong PR tetapi pada masa yang sama memberi kelebihan percuma kepada BN.



“PAS cukup yakin permuafakatan yang kian kukuh sesama komponen PR di Sarawak pasti mampu menyumbang kemenangan buat PR di negeri ini,” katanya kepada erapakatan.com.Menurutnya, permainan media di Sarawak dan yang berpusat di semenanjung yang cuba melaga-lagakan antara DAP dan PKR berhubung siapa yang akan bertanding pada PRK itu merupakan tindakan terdesak BN yang diselubungi kebimbangan bakal tersungkur dalam PRK nanti.



Azeez menjelaskan, samada PRK Sibu diadakan secara serentak dengan pilihan raya negeri atau secara berasingan, bukan perkara persoalannya kerana apa yang penting PAS negeri sudah menyediakan jentera bagi memastikan Parlimen Sibu berjaya di tawan PR.



PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.



Robert mewakili Parlimen Sibu sejak tahun 1990.Dalam PRU Mac 2008, Parlimen Sibu memiliki 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Robert memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media termasuklah akhbar seperti Borneo Post dan Oriental Daily News.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.