BANK Simpanan Nasional (BSN) terus komited dalam mempelbagaikan produk dan perkhidmatannya dengan menyasarkan peningkatan penggunaan kad kredit dan debit BSN 50 peratus menerusi pelancaran Kempen Belanja dan Menang yang bermula pada 1 Julai sehingga 30 September ini.
Naib Presiden Kanan/Ketua Perbankan Konsumernya, Akhsan Zaini, berkata sasaran itu sepanjang tiga bulan kempen itu berlangsung dan pihaknya menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM300,000.
“BSN sentiasa berusaha menawarkan pelbagai kemudahan dan ganjaran menarik untuk dinikmati pemegang kad kredit dan debit BSN selain kini mempunyai tiga juta pemegang kad debit Visa Electron BSN Matrix dan Matrix-i.
“Kad ini bukan saja berfungsi sebagai kad ATM dengan kemudahan Meps, tapi juga berfungsi sebagai pengganti kepada wang tunai selain diterima untuk pelbagai jenis perbelanjaan runcit di lebih 29 juta ‘merchant’ Visa di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Kempen itu satu pendekatan bagi memberi ganjaran kepada pemegang kad kredit dan debit BSN untuk terus menggunakan kad BSN di samping berpeluang memenangi hadiah lumayan.
Tiada sistem khidmat ringkas (SMS), slogan atau borang penyertaan diperlukan bagi menyertai kempen itu dan pemegang kad hanya perlu berbelanja minimum RM50 sama ada di dalam atau luar negara untuk melayakkan mereka mengumpul penyertaan secara automatik bagi menyertai setiap cabutan.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan