Pembahas usia 80 tahun kepada Anwar: Saudara menyalak balik bila disalak anjing?

Lim Hong Siang | Nov 27, 2010 05:23:59 pm

 
Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya.  Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.
Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai.  Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."
Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing?  (Ada)  Anjing salak, (saudara) nak salak balik? "
Soalan ini biarpun dirasai "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas.  Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!)
Sebelum ini, beberapa orang perwakilan yang berucap dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden, menyeru agar perwakilan bangkit mempertahankan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang diserang oleh musuh dalam media cetak mahupun di ruang internet.
Kalah pilihan raya bukan kalah dalam perjuangan
Wan Khazim pernah terlibat dalam API (Angkatan Pemuda Insaf), yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Malaya.  Beliau secara berseloroh mendakwa rakan seperjuangannya dalam API telah "padam" (meninggal dunia), dan tinggal beliau seorang kini.  Malah, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali adalah antara rakan seperjuangannya selepas wadah API diharamkan.
Pejuang politik ini tidak mengakur, kononnya "tidak pernah kalah lima kali bertanding", kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah semasa berlaga.  Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari perjuangan menegaskan, "Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah dalam perjuangan!"
Wan Khazim mengakui dirinya sudah tua sebermulanya, dan tidak larat untuk berucap dengan semangat yang berkobar-kobar seperti anak muda.  Wakil Selangor, Noorhana Anuar yang menjadi pembahas kedua sebelum ini, berapi-api ketika menyampaikan ucapan.
Bagaimanapun, Wan Khazim mengambil kesempatan untuk mencuit anak muda, tanpa menyebut nama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor.  Beliau menyindir orang muda biarpun berdebar-debar ucapannya, "berbakul-bakul sumpahnya", namun mereka jugalah orang yang cabut dari perjuangan.
Wan Khazim juga membidas UMNO yang "menerima kemerdekaan" dari tangan penjajah Bristish.  Untuk Wan Khazim, "Kemerdekaan yang sebenar ialah rakyat menjadi ...hakim!", walaupun perwakilan di bawah pentas menyahut dengan "tuan".
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.