Di ambang tahun 2011 baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu laporan yang dibuat oleh WikiLeaks berkenaan kecurangan seorang "bapak menteri" yang dikatakan telah merogol amahnya. Ramai yang tidak menyangka kejadian ini berlaku diketika kontroversi babitkan pekerja warga Indonesia di negara ini belum selesai. Skandal menteri UMNO rogol amah itu kini bukan lagi menjadi rahsia kepada rakyat Malaysia dan Indonesia. Tambahan pula, laman blog sabahkini telah mendedahkan wajah amah terbabit yang dikenali sebagai Robengah (foto). Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. Malah, blog-blog pro UMNO sendiri mahukan menteri terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dengan segera. Soalnya, siapakah "bapak menteri buaya" berkenaan?. Khabarnya, beliau telah diangkat sebagai menteri ketika zaman Pak Lah lagi. Inilah yang mengejutkan, apabila PM Najib Razak terus mengekalkan individu terbabit sebagai menteri, sedangkan perangainya itu tidak melayakkan beliau untuk berada dalam kabinet. Apakah, ini imej yang mahu dipertontonkan kepada rakyat agaknya. Pemimpin yang rasuah, pengkhianat dan perogol mahu terus diangkat oleh UMNO BN.
[Harapan kita agar, menteri berkenaan segera diambil tindakan. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan memberontak dan terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah impak besar yang bakal diterima oleh kerajaan UMNO BN jika terus cuba untuk mempertahankan kecurangan puak-puak mereka sebenarnya. Siapakah menteri berkenaan, inilah yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Khabarnya beliau berketurunan "Minangkabau" dan pernah "membakar jambatan UMNO" satu ketika dulu. Namun kini beliau telah kembali menjilat segala ludah-ludahnya selepas mendapat kembali jawatan dan kuasa. Semoga pendedahan demi pendedahan akan menyebabkan menteri berkenaan "bagai cacing kepanasan" hendaknya selepas ini. Pastikan beliau terduduk dan terhumban ke lembah kehinaan jika beliau terus dan masih rakus untuk terus berkuasa !!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan