Pedih ketika ditendang perikatan masih terasa - Tok Guru Nik Aziz

MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli-ahli PAS agar meneliti semula sejarah ketika Umno menyingkirkan parti itu daripada Perikatan, lapor Intan Abdullah.

"Mungkin saudara-saudara tidak ada pada masa Peristiwa 13 Mei dan sewaktu Umno menendang kami (PAS) keluar daripada parti Perikatan, masih terasa sakitnya, pedih dan parutnya masih lagi ada," ujarnya kepada lebih 500 peserta yang hadir di Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini pada 23 Mei lalu.


Menurut beliau, Umno kini bukan lagi sebuah parti politik melainkan sekadar sebuah gerombolan yang berbentuk pemikiran.

Menteri besar Kelantan itu turut menegaskan PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno kecuali parti itu menukar dasar perjuangan atau menerima Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

"Kita bersedia untuk mengadakan muqabalah dengan sesiapa sahaja tetapi mesti bersama-sama Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa peranan ulama PAS tidak terhad untuk menguruskan masalah dan urusan di Malaysia semata-mata sebaliknya dunia secara keseluruhannya.

"Jika tiada Dewan Ulama PAS, maka Islam akan lenyap di Malaysia," demikian kesimpulan dibuat Tok Guru Nik Aziz setelah mengimbas saat penubuhan PAS serta peranan yang dimainkan dalam membantu menyuarakan pandangan berhubung isu-isu yang membabitkan agama di negara.

Beliau mendoakan agar ulama PAS terus gagah dan unggul untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Tok Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan cadangan agar ulama mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada mereka.

"Saya mencadangkan agar dibuat pertemuan kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS untuk memberikan kefahaman tentang Islam tetapi jangan memburuk-burukkan agama mereka. Sampaikan dengan cara hikmah sebagaimana yang diajar Rasulullah kepada kita," ujarnya

sumber: detikdaily

2 ulasan:

Unknown berkata...

sejarah tak dpt ditipu.yg tercatit adalah "ulamak umno" tu yg bertindak keluar dari umno psai x setuju dgn tunku yg hnya peruntukkan 1 kerusi utk mereka ketika pilihan raya 1955.Mereka minta 10 kerusi.Tnku nak golongan melayu berpendidikan inggeris lebih ramai utk tujuan pntdbirn.Depa keluar tubuh PMIP(pan malayan islamic party).Ketua mereka hj ahamad fuad sblum tu sgt kecewa x dipilih utk gnti dato onn sbgai Yg Dipertua umno.Jd jgn spin sejarah.

Unknown berkata...

kpd nik aziz,jgn sedih dn x perlu rsa pedih.Sejarah x akn berbohong.Tlglah berckp bnar dlm semua keadaan.saya yakin setiap prkatan x benar akn ditnya Allah di akhirat srta akn dimnta dipertggungjwbkn.Aptah lg klu ia menyebbkn brlkunya pepechn dn kecelaruan ummah.Anda juga mklum betapa beratnya hisab seorng ulamak brbnding org biasa.takutlh pd kemurkaan Allah......

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.