Muktamar PAS ke-55 : Betapa Indahnya Bulan Purnama Itu.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya dapat juga mengikuti perkembangan Muktamar PAS ke-55 ini dengan jayanya. Kecanggihan teknologi telah memberi ruang dan peluang kepada kita rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan Muktamar tersebut dengan lebih dekat lagi.
Mengikuti perkembangan Mukatamar PAS kali ini cukup membahagiakan jiwa sekali. Walaupun bukan ahli PAS tetapi Muktamar PAS kali ini menerbitkan rasa yang cukup bangga dengan PAS ini. Justeru itulah atas rasa bangga yang berkobar-kobar ini maka bersemangat rasanya nak mencatat sesuatu tentang Muktamar PAS ini. Saya ingin berkongsi rasa bahagia dan bangga ini bersama pembaca tegar DD ini.


Sesungguhnya betapa besar maknanya Muktamar PAS ke-55 ini dalam diri ini. Peluang dan ruang yang mampu digunakan untuk menghayati Muktamar ini telah melahirkan satu perasaan yang cukup utuh kepada prinsip perjuangan PAS sebagai sebuah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat yang akan mampu mencipta pembaharuan dalam politik tanahair tercinta ini.
Bermula dengan peralihan kuasa kepimpinan Pemuda PAS daripada YB Salahuddin Ayub kepada . Terasa ketokohan kepimpinan YB Salahuddin sebagai peneraju Pemuda PAS selama ini begitu mengkagumkan sekali. Terserlah, sungguh terserlah prinsip perjuangan yang benar-benar ikhlas berlandaskan agama untuk mengukuhkan dan mengembangkan PAS di mata masyarakat.
Kepimpinan yang tegas, berkarisma dan penuh kredibiliti sebagai peneraju Pemuda PAS yang telah ditunjukkan akhirnya mampu mencipta dan melahirkan pemimpin pelapis pemuda PAS yang cukup mantap sekali. Sesungguhnya bertuahnya PAS mempunyai seorang pejuang yang telah berjuang dan perjuangan yang telah dilaksanakannya mampu mencipta kecemerlangan untuk PAS sebagai parti yang berteraskan Islam tetapi mampu menonjolkan keikhlasan perjuangan PAS.
Kewibaan YB Salahuddin dalam melaksanakan tugas dan amanahnya sebagai peneraju Pemuda PAS cukup hebat sekali. Tindak tanduk perjuangan yang disulami dengan kemuliaan keperibadian jelas mencipta keindahan dan kenikmatan kejayaan dalam perjuangan beliau. Dan kini beliau melangkah setapak lagi dengan kepercayaan perwakilan yang telah melantik beliau sebagai salah seorang Naib Presiden PAS pula.
Lihatlah bagaimana satu perjuangan yang ikhlas akan sendirinya akan meletakkan kita dalam keadaan yang cukup membanggakan sekali. Alhamdulillah, dengan kedudukan yang ada sekarang ni saya pasti kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik yang cukup dominan dalam hati rakyat akan semakin terserlah. Semoga ustaz Nasrudin Hassan yang menerajui Pemuda PAS sekarang ini akan mampu meneruskan kecemerlangan kepimpinan yang telah ditinggalkan oleh YB Salahuddin ini.
Sesungguhnya golongan belia dan masyarakay Melayu hari ini benar-benar menagih sebuah kepimpinan yang mampu memimpin mereka ke arah yang lebih baik. Kepimpinan berlandaskan Islam sebagai cara hidup kini menjadi keperluan yang sangat-sangat mendesak. Apa yang dialami oleh masyarakat Melayu hari ini cukup menakutkan sehingga mereka tidak mempunyai nilai jati diri. Jati diri yang ada hanya memenuhi keperluan jasad sedangkan rohani mereka hilang entah ke mana. Kedudukan PAS hari ini diharapkan agar dapat mengembalikan dan mengekalkan roh keislaman yang suci itu ke dalam jasad masyarakat Melayu yang telah tersesat itu.
Ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang kali ini begitu bermakna sekali. Kematangan dan kebijaksanaan beliau dalam menerangkan prinsip perjuangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS dalam bahtera Pakatan Rakyat begitu menyerlahkan. Ya, sesungguhnya ucapan amanat yang cukup bermakna itu telah menguatkan lagi semangat perjuangan di kalangan perwakilan PAS.
Selama ini intipati ucapan yang lebih memfokuskan pengikut PAS tapi kali ini perjuangan PAS diserapkan dalam kefahaman dalam masyarakat Malaysia yang lebih bermakna.Ucapan Presiden yang menegaskan prinsip perjuangan PAS yang akan terus menegakkan Islam walaupun kini PAS sudah sebahtera dengan PKR dan DAP.
Pas mempunyai tugas dan tanggungjawab sendiri dalam merealisasikan harapan rakyat untuk menumbangkan BN/UMNO pada PRU 13 nanti. Penghargaan kepada kesepakatan dan persefahaman dalam komponen Pakatan Rakyat begitu mengkagumkan sekali. Ternyata walaupun cuba dituba dengan soal kepimpinan negara sekiranya Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan negara kelak, Presiden PAS berjaya menghilangkan tuba tersebut dengan keputusan yang berhemah tetapi tegas. Inilah yang menjadikan Muktamar PAS kali ini cukup bermakna sekali.
Wadah perjuangan PAS masih tetap memperjuangkan dan mempertahankan Islam sampai bila-bila. Kekuasaan bukan keutamaan. Di sinilah rakyat akan mampu meniai betapa murni perjuangan pemimpin-pemimpin PAS ini dalam menjaga dan mempertahankan prinsip perjuangan mereka. Saya percaya ucapan yang cukup bermakna ini akan menimbulkan kesedaran kepada perwakilan dan penyokong PAS bahawa kekuasaan itu bukanlah tujuan utama perjuangan PAS. Selama ini perjuangan PAS adalah untuk membela dan memelihara kesucian Islam yang telah tercemar teruk di kalangan penganutnya terutamanya orang-orang melayu.
Apa yang dimiliki oleh PAS kini seolah-olah menjadikan penyokong-penyokong dan segelintir perwakilan PAS terlupa dasar perjuangan mereka. Terdapat perwakilan yang cuba mengutamakan kedudukan dan kekuasaan PAS dalam Pakatan Rakyat sehingga mereka terlupa bahawa taksub kepada kekusaan ini akan menjahanamkan perjuangan PAS. Kekuasaan yang dihajati oleh penyokong dan segelintir perwakilan PAS menunjukkan bahawa mereka lupa bahawa kehancuran perjuangan UMNO hari ini kerana mereka terlalu memikirkan tentang kekuasaan mereka. Kerana kekuasaan ini UMNO sanggup mengadaikan maruah bangsa dan dasar perjuangan mereka selama ini. Dan akhirnya kekuasaan inilah yang akan menjahanamkan kekuasaan mereka selepas PRU 13 nanti.
Alhamdulillah kerana kepimpinan jitu PAS yang selama ini yang telah banyak belajar dari kesilapan-kesilapan yang lalu telah menyerlahkan lagi bulan purnama itu. Ketokohan pemimpin-pemimpin PAS yang begitu berhemah semakin mencuit hati rakyat. Nah! Lihatlah hari ini bahawa PAS bukan lagi parti yang ditakuti oleh bukan Islam. Tetapi atas dasar menghargai dan menghormati teras perjuangan PAS yang ikhlas dan jujur kepada seluruh rakyat telah menarik minat masyarakat cina dan india untuk berjuang bersama PAS. Kesediaan ini bukan bererti mereka terpaksa memeluk Islam tetapi kepimpinan PAS telah menunjukkan bahawa Islam tidak pernah menindas sesiapa atau mana-mana kaum. Kepimpinan PAS telah membuktikan kepada masyarakat cina dan india bahawa Islam tetap menentang kemungkaran dan ketidakadilan dalam masyarakat. Islam akan tetap memilihara kesejahteraan hidup manusia walaupun pegangan agama kita berbeda. Begitulah hebatnya PAS dalam menegakkan perjuangan mereka.
Muktamar PAS kali ini pasti dicontohi dan dicemburui oleh rakan dalam Pakatan Rakyat supaya mereka juga mampu menyakinkan penyokong-penyokong serta pemimpin-pemimpin mereka supaya lebih mengutamakan kesefahaman dalam menghancurkan pemerintahan UMNO. Walau apa pun tindakan dalam memperkasakan parti masing-masing tetapi perjuangan untuk menghapuskan BN/UMNO tetap menjadi kleutamaan. Dalam meralisasikan perjuangan ini maka kesepaduan dan persefahaman di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat perlu dijaga dan diutamakan. Jangan biarkan kepimpinan kekuasaan menjadi agenda utama.
Sekiranya matlamat pengabungan dan pembentukan Pakatan Rakyat sentiasa diserap dalam minda pemimpin maka sudah pasti kemenangan akan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat. PRK yang telah dilalui selepas PRU 12 ini telah membuktikan harapan rakyat. Jangan dek kerana sudah kemaruk kuasa maka kesepakatan dan kekuatan yang ada hari ini ditepis begitu sahaja. Ingatlah bahawa selama ini perjuangan dalam bahtera masing-masing tidak mungkin memusnahkan BN/UMNO dalam kekuasaan mereka. Kini kekuatan itu semakin digeruni oleh BN/UMNO. Tidak pernah BN/UMNO setakut ini sehingga persefahaman dan kesepakatan Rakatan Rakyat ini mampu dibentuk. Dan BN/UMNo tidak akan berhenti untuk menghancurkan kekuatabn ini. Justeru itulah maka kepimpinan PAS seharusnya membimbing rakan Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat.
Sesungguhnya Muktamar PAS ke-55 ini semakin menyerlahkan PAS sebagai wadah perjuangan rakyat. Teruskan perjuangan PAS dalam memartabatkan Islam. Kebijaksanaan perwakilan dalam memilih wakil pemimpin mereka membuktikan bahawa setiap pemimpin PAS begitu profesional dalam hal jawatan ini. Kalah dan menang bukanlah ukuran perjuangan PAS. Pemilihan dalam Mukamar PAS ke-55 ini semakin menguatkan perjuangan PAS. Semoga kepimpinan PAS akan meneruskan momentum kemenangan Pakatan Rakyat dalam menumbangkan BN/UMNO. Rakyat semakin percaya dan yakin akan perjkuangan PAS. Islam bukan lagi penghalang kaum lain untuk bersama PAS. Apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar berjuang untuk membela rakyat.
Begitulah keindahan bulan purnama yang akan terus menerangi kegel;apan malam. Indah, terlalu indahnya PAS dimata rakyat. Semoga perjuangan PAS akan terus dirahmati oleh Allah SWT dan semoga jua tarbiyah kepimpinan PAS akan tetap meletakkan kepimpinan PAS pada dasar perjuangan yang sejati bukannya untuk kuasa semata-mata. Allahhu Akbar. Hidup PAS.Hidup Islam.

sumber: detikdaily

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.