Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated' - Timbalan Presiden PAS

SHAH ALAM, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden Pas, Ust. Nasharuddin Mat Isa berkata, penganjuran Muktamar ke 55 adalah yang terbaik pernah diadakan.

Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya.

"Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke 55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.

Muktamar yang ke 55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa.

Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara.

Beliau yang mewakili Presiden PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Muktamar pada kali ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok berkata, saya ucapkan kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan yang cukup luas.

"Begitu 'updated' sekali sehinggakan orang tidak perlu telefon kita untuk mendapatkan keputusan pemilihan pemimpin tertinggi dalam PAS," katanya.

Pas juga katanya, mengucapkan terima kasih kerana membuat liputan muktamar pada kali ini sejak Muktamar Pemuda lagi pada 3 Mei lalu lagi di Markas PAS, Taman Melewar, Gombak.

"Ucapan terima kasih ini juga dibuat kerana membuat liputan aktiviti kami sehingga saya rasa peristiwa yang menguasai dada akhbar hingga minggu ini ialah Muktamar PAS," katanya. - azm_

sumber: harakahdaily

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.