Angin membawakan khabar…

shamsuleffendey 6:11 pm on January 8, 2010 Permalink
Reply

Tags: laporan (6)

Angin membawakan khabar…





Dengar anginnya ada seorang berjawatan cukup besar di salah sebuah Politeknik negeri Perak sedang disiasat oleh SPRM. Menurut sumber yang berminat mendedahkannya kepada aku, bukan sekali malah dua tiga kali pegawai SPRM telah menjenguk untuk mendapatkan maklumat daripadanya. Beliau dikatakan akan bersara wajib tidak lama lagi. Menurut sumber tersebut lagi, kontrak beliau akan disambung walaupun masih disiasat oleh SPRM.



Dikhabarkan juga beliau yang sedang disiasat SPRM itu mempunyai isteri saling x tumpah seperti isteri PM 1 Malaysia. Suka mengawal suami dan berbelanja besar. Walaupun hanya berjawatan pensyarah, namun kuasa isteri beliau mengatasi kuasa suaminya sendiri sehingga digelar kakitangan institusi tersebut dengan panggilan Ketua Pengarah. Malah isteri beliau berkuasa untuk menukar program yang telah disusun oleh pihak Kementerian tidak lama dahulu mengikut kehendak seleranya. Antara kegilaan pasangan suami isteri ini ialah berhibur. Antara program terbaru yang diadakannya ialha pertandingan antara band-band kugiran yang diadakan tidak jauh dari sebuah masjid.



Disebabkan tempoh persaraan yang semakin hampir, maka Majlis Konvokesyen Politeknik yang menjelang tiba bakal diadakan dalam suasana yang penuh gilang gemilang, walaupun ada soseh² duit penyediaan P & P untuk jabatan hanya diperuntukan sebanyak RM5 ribu sahaja. Berita terakhir yang kedengaran ialah salah laku terhadap duit Alumni Politeknik tersebut yang mencecah ratusan ribu ringgit.



Aku harap ianya sekadar angin yang membawa khabar. Kalau angin itu spesis puting beliung maka bersiap sedialah beliau itu.



i



p/s – Untuk makluman Perak mempunyai 2 buah Politeknik.

Tiada ulasan:

iklan

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 . |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.